Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

4 Foto detik-detik Jackie Chan letupkan bas berdekatan bangunan Parlimen Britain

Penduduk dan pelancong di London kelmarin dikejutkan dengan letupan bas dua tingkat di atas jambatan Lambeth, hanya beberapa meter dari bangunan Parlimen Britain.

Memetik laporan Mirror.Uk melaporkan kejadian yang berlaku pada 11.30 pagi itu bagaimanapun cuma untuk satu babak filem terbaru pelakon terkenal, Jackie Chan bertajuk The Foreigner.

Namun, terdapat penduduk London yang merasakan babak letupan bas itu kurang sensitif memandangkan sejarah 13 orang terbunuh akibat serangan bom dalam sebuah bas di bandar itu pada 7 Julai 2005.

Babak di jambatan Lambeth itu tidak dimaklumkan kepada semua penduduk berhampiran menyebabkan ada yang terkejut apabila mendengar letupan tersebut.

Penduduk yang terkejut dengan kejadian itu membanjiri media sosial dengan meluahkan kemarahan terhadap kru penggambaran filem kerana tidak membuat pengumuman awal.

"Saya mahu tahu siapa yang luluskan permohonan ini," luah majoriti penduduk London di media sosial.

Penerbit filem itu dilaporkan hanya menyebarkan notis makluman melalui Twitter yang menyatakan babak letupan itu dibuat secara terkawal dan dilakukan pasukan kesan khas untuk filem tersebut.

Sumber: sinarharian






4 Foto detik-detik Jackie Chan letupkan bas berdekatan bangunan Parlimen Britain originally from Dalam Kasih

4 Foto detik-detik Jackie Chan letupkan bas berdekatan bangunan Parlimen Britain Reviewed by malaysiaisme on 2:16 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.