Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Apa yang kita tidak mahu lihat apabila warga Bangladesh memenuhi Negara kita

Kehadiran seramai 1.5 juta pekerja warganegara Bangladesh yang dicadangkan untuk dibawa masuk ke negara ini dijangka akan memberi kesan besar kepada aspek budaya di Malaysia.

Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Dr Rosila Bee Mohd Hussain, walaupun kehadiran pekerja asing itu memberi kesan positif dari sudut ekonomi Negara, namun kesannya kepada masyarakat di Negara ini juga perlu dititikberatkan.

“Soal budaya ini isu utama. Kita bawa masuk pekerja asing, budaya luar masuk. Budaya sedia ada pun, ada mengambil masa bertahun-tahun yang perlu kita tangani, ditambah lagi dengan budaya luar yang ada kalanya mewujudkan ketidakfahaman dalam masyarakat.

“Bila tidak ada kesefahaman, akan wujud salah faham dan pertengkaran yang akhirnya akan mewujudkan perkara yang lebih memudaratkan seperti soal keselamatan, jenayah dan sebagainya,”katanya kepada Sinar Harian.

Tambah beliau lagi, dalam soal budaya ini, impak negatif dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia akan dapat dilihat dengan lebih jelas berbanding dengan kesan positif.

“Kebiasaannya akan wujud isu bertentangan dengan apa yang dirasakan masyarakat kita dengan golongan ini.

“Contohnya sesuatu yang bukan amalan kita, pada mereka ini perkara normal tetapi pada perspektif masyarakat kita, tidak. Walaupun ini perkara kecil, akhirnya boleh menjadi besar,”ujarnya.

Justeru itu, beliau amat mengharapkan agar sebelum perkara tersebut diputuskan, penelitian secara mendalam perlu dilakukan dengan mengambil kira pandangan dari pelbagai aspek, termasuk masyarakat.

“Ini kerana masyarakat yang akan berhadapan dengan semua ini. Kebiasaannya apa yang dilontarkan mereka kurang didengari,”tegas beliau.


Apa yang kita tidak mahu lihat apabila warga Bangladesh memenuhi Negara kita originally from Dalam Kasih

Apa yang kita tidak mahu lihat apabila warga Bangladesh memenuhi Negara kita Reviewed by malaysiaisme on 1:11 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.