Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Dokumen sulit gaji Dollah Salleh, pemain Perlis jadi viral di Whatsapp


Dalam kesibukan membuat persediaan menjelang musim 2016, pasukan bola sepak Perlis menerima 'ujian' tersendiri apabila senarai gaji barisan jurulatih dan pemain menjadi viral di internet.

Sekeping dokumen yang tertera senarai gaji pegawai, pemain dan kakitangan pasukan Perlis termasuk Jurulatih, Dollah Salleh dan barisan pemain tersebar di laman sosial dan blog, hari ini.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada dokumen berkenaan tulen ataupun palsu.

Dengan tajuk "Senarai Gaji Pegawai, pemain dan kakitangan Perlis FA 2016", sebaran maklumat sulit itu sekali gus mengejutkan banyak pihak.

Kandungan dokumen tersebut juga turut mendedahkan jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) untuk menampung bayaran gaji barisan pemain.



Portal Malaysiakini yang membuat liputan bagaimanapun tidak dapat menyiarkan dokumen berkenaan kerana ia bersifat sulit.

Sementara itu, Presiden PFA, Datuk Rozabil Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, beliau akan menyiasat terlebih dahulu mengenai perkara itu.

"Saya sudah maklumkan dan minta pihak pengurusan PFA siasat sama ada dokumen tersebut asli atau palsu," katanya kepada Malaysiakini.

Dokumen sulit gaji Dollah Salleh, pemain Perlis jadi viral di Whatsapp originally from Dzariff Rayyan

Dokumen sulit gaji Dollah Salleh, pemain Perlis jadi viral di Whatsapp Reviewed by malaysiaisme on 2:37 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.