Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Ini komen pedas TMJ setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO dua hari lalu

Tidak cukup dengan usaha yang nampaknya kembali rancak mahu menggantung jawatan atau keahlian Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin, terdapat juga antara pemimpin atasan parti yang mendesak beliau berundur daripada jawatannya.

Antara hujah mereka, jika ingin terus mengkritik Najib Razak selaku Presiden UMNO, Muhyiddin harus berundur kerana ia merosakkan parti dan memberi imej tidak baik kepada orang ramai memandangkan peranan orang nombor dua ialah membantu orang nombor satu.

Sebagai pemimpin yang dipilih oleh perwakilan, perlukah Muhyiddin didesak untuk berundur atau secara sukarela mengundurkan diri?

Kalau perwakilan yang memilih, bukankah hanya perwakilan juga yang boleh menggugurkannya?

Lebih tidak masuk akal bilamana yang membuat desakan itu antaranya ialah mereka yang mempunyai latar belakang undang-undang seperti Nazri Aziz dan Azalina Othman Said.


Apakah mereka tidak faham undang-undang atau sengaja tidak mahu memahaminya?

Bagi Muhyiddin pula, apakah semata-mata kerana mengkritik Perdana Menteri, beliau mesti meletak jawatannya, tambahan lagi teguran yang dibuatnya bukanlah sesuatu yang palsu dan direka-reka?

Terdapatkah klausa dalam Perlembagaan yang mengatakan bahawa Timbalan Presiden tidak boleh mengkritik Presiden dan jika ingin menegur juga, maka haruslah berundur terlebih dahulu?

Adakah membantu Presiden hanya dalam bentuk puji-pujian, bodek dan kipas saja?

Tidakkah menyatakan kebenaran juga merupakan suatu bentuk bantuan, malah lebih ikhlas berbanding bodek, kipas dan puji-pujian?

Kemudian mereka yang sama juga mencabar Muhyiddin agar melawan Najib bagi jawatan Presiden UMNO jika tidak boleh lagi menerima kepimpinan Perdana Menteri.

Bagaimana Najib mahu dicabar kedudukannya jika tarikh pemilihan sudah dilewatkan sehingga ke tahun 2018?

Kalau benar-benar ingin melihat Muhyiddin bertanding jawatan Presiden UMNO melawan Najib, bukankah mereka seharusnya membuat desakan secara beramai-ramai agar pemilihan parti dipercepatkan tarikhnya?

Tetapi, memandangkan pemilihan UMNO sudah dilewatkan tarikhnya kepada 2018 dan tiada pula usaha mahu mempercepatkannya, adakah sepanjang tempoh itu Muhyiddin harus berdiam diri saja jika satu demi satu "kemungkaran" berlaku di depan mata?

Sama ada mahu melihat Muhyiddin terus bising atau didiamkan, ia akhirnya terletak pada keberanian Najib dan ahli- ahli MT UMNO untuk memutuskannya.

Kiranya mempercepatkan tarikh pemilihan pun tidak berani, janganlah marah jika Muhyiddin terus bising di sana sini.



Ini komen pedas TMJ setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO dua hari lalu originally from Dalam Kasih

Ini komen pedas TMJ setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO dua hari lalu Reviewed by malaysiaisme on 3:39 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.