Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Padah bakal berkahwin lelaki lebih muda setelah 5 bulan bercerai, kini Yatt Hamzah bakal kehilangan harta paling berharga dalam hidupnya

Bertahun mendirikan rumah tangga kemudiannya berpisah dan mengetahui pula bahawa bekas isteri bakal berkahwin tidak lama lagi, pasti ia sedikit akan membuatkan perasaan seseorang lelaki itu sedih.

Namun,buat bekas suami Yatt Hamzah iaitu Abdul Mutalib Shukor beliau sama sekali tidak merasa sedih dan mendoakan agar bekas isterinya itu bahagia dengn bakal suaminya nanti. Malah, beliau juga merasa gembira kerana bakal mendapat hak penjagaan penuh terhadap anak mereka Suci Hanania Malika selepas Yatt berkahwin nanti.

"Ya Allah, benar. Sedikit pun saya tidak rasa sedih dengan berita ini. Kalau Yatt temui pengganti, saya pula akan mendapat hak penjagaan penuh terhadap Nia. Itu janji kami dulu sewaktu bercerai. Sebelum ini, selagi Yatt tidak bernikah lain, Nia akan bersama saya setiap minggu pertama dan ketiga sahaja. Sebaik sahaja Yatt sah ada suami lain, saya akan menjadi penjaga sepenuhnya terhadap Nia.

Sebenarnya sewaktu bercerai dulu, kami ada buat perjanjian kerana ketika itu saya tidak tuntut apa-apa, biarpun perniagaan Suci By Yatt Hamzah adalah perniagaan bersama. Antara syaratnya ialah hak penjagaan anak akan menjadi milik saya sebaik sahaja Yatt berkahwin lain. Saya harap syarat itu akan dipatuhi."


Ditanya jika Talib sudah bertemu dengan pengganti, beliau bagaimanapun buat masa ini ingin memberikan fokus sepenuhnya kepada anak perempuan beliau dan hanya akan memikirkan soal kahwin jika wanita itu dapat menerima anaknya denganbaik.

Buat masa sekarang, saya belum terfikir untuk cari orang baharu kerana nak cari pengganti dalam keadaan saya ini bukan mudah. Saya kena fikir masak-masak sebab wanita yang bakal menjadi isteri saya perlu terima anak saya juga. Kalau ada wanita yang sanggup terima saya dan anak, mungkin saya akan fikirkan.

Kalau sudah mempunyai perjanjian sebegitu, harapnya Yatt Hamzah selepas ini dapat menunaikannya. Semoga berbahagia dengan perkahwinan baharu dan berkekalan sehingga ke akhirnya.



Padah bakal berkahwin lelaki lebih muda setelah 5 bulan bercerai, kini Yatt Hamzah bakal kehilangan harta paling berharga dalam hidupnya originally from Dalam Kasih

Padah bakal berkahwin lelaki lebih muda setelah 5 bulan bercerai, kini Yatt Hamzah bakal kehilangan harta paling berharga dalam hidupnya Reviewed by malaysiaisme on 10:10 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.