Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

PANAS! Hanif Zaki akhirnya dedah perangai sebenar isterinya Anzalna Nasir ketika bercinta selama 10 tahun yang sangat mengejutkan

Suami kepada aktres Anzalna Nasir, 28, iaitu Muhamad Hanif Mohamad Zaki mendedahkan banyak cabaran terpaksa dilalui ketika mahu mendekati dan memikat hati isterinya itu kira-kira 10 tahun lalu.

Hanif, 28, berkata, hubungan yang bermula di laman sosial My Space itu pernah terputus ketika wanita tersebut berhijrah ke Australia bersama keluarganya.

“Dia adalah wanita yang paling susah untuk dipikat, saya mengenali dia menerusi laman sosial My Space sekitar tahun 2006 dan pada mula memang dia tidak berminat dengan saya.

“Namun lama kelamaan dia menerima saya sebagai kawan dan kami berbual hanya di ruangan berbual maya MSN dan selepas itu kami terputus hubungan kerana dia bersama keluarganya berpindah ke Australia,” ujarnya.

Hanif berkata demikian ketika sidang media selepas majlis pernikahan mereka yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, di sini, pada Ahad.

Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Anzalna iaitu Prof Madya Dr Mohd Nasir Ibrahim dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan Cerai Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abdul Nasir Abdullah.

Pada majlis akad nikah itu Anzalna menerima mas kahwin sebanyak RM1,000.


Dalam pada itu, Hanif berkata, dia meneruskan usaha menjejaki wanita itu semula di laman sosial Facebook sekitar tahun 2011.

Katanya, ketika itu Anzalna sudah bergelar artis dan mengakui kurang keyakinan diri untuk mendekati semula wanita berkenaan.

“Saya jumpa semula dia di laman sosial Facebook dan kami berkawan semula sehinggalah dia menerima pelawaan saya untuk bertemu buat kali pertama.

“Masa itu dia minta saya datang bertemu dengan dia bersama pelakon-pelakon lelaki yang lain kerana dia baru lepas fotografi, agak berdebar juga ketika itu, maklumlah mereka semua terkenal.

“Namun saya kuatkan hati, ketika saya ke Pavillion tempat mereka, dia sudah pun bergerak ke lokasi lain. Selepas itu dia minta saya ke restoran lain pula,” ujarnya.

Bagaimanapun, Hanif bersyukur, sepanjang menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun, mereka tidak berhadapan dengan cabaran yang mengugat hubungan berkenaan.

Sementara itu, Anzalna berkata, dia bertindak menjual mahal kepada suaminya itu berikutan sukar untuk mempercayai lelaki.

Katanya, dia pada mulanya kurang yakin dengan keikhlasan lelaki itu untuk berkawan dengannya.

“Memang saya jual mahal sebab saya tidak mahu dia rasa mudah untuk dapatkan saya. Pada mulanya ketika kami bertemu buat pertama kali itu dia asyik bermain telefon bimbit sahaja.

“Perkara itu membuatkan saya syak dia mempunyai ramai perempuan lain juga. Namun, selepas saya membawa dia bertemu ibu iaitu tiga hari selepas kami bertemu sikapnya berubah dan nampak bersungguh-sungguh menjaga saya,” ujarnya.


Dalam pada itu, ditanya tentang perancangan selepas berkahwin, Anzalna berkata, dia mengakui lebih menjaga penampilan dan tidak terlalu berpakaian seksi.

Bagaimanapun, katanya, suaminya tidak meletakkan sebarang syarat untuk meneruskan aktiviti dalam bidang seni.

Bercakap tentang perancangan keluarga, Anzalna berkata, dia menyerahkan rezeki berkenaan ditentukan oleh Allah.

“Kami tidak merancang, tapi kalau boleh ingin dikurniakan cahaya mata segera dan mendapat anak yang ramai,” ujarnya.



PANAS! Hanif Zaki akhirnya dedah perangai sebenar isterinya Anzalna Nasir ketika bercinta selama 10 tahun yang sangat mengejutkan originally from Dalam Kasih

PANAS! Hanif Zaki akhirnya dedah perangai sebenar isterinya Anzalna Nasir ketika bercinta selama 10 tahun yang sangat mengejutkan Reviewed by malaysiaisme on 11:49 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.