Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Umno Pagoh tolak keputusan MT Umno

Umno Pagoh tolak keputusan MT Umno

Umno Pagoh tolak keputusan MT Umno

MUAR - Umno bahagian Pagoh hari ini sepakat menolak keputusan yang dibuat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang  memecat Tan Sri Muhyiddin Yasin daripada jawatan Timbalan Presiden Umno berkuat-kuasa semalam.

Ketua Penerangannya, Hairul Izam Abd Samat berkata, keputusan itu dibuat setelah pihaknya mengkaji dan meneliti beberapa perkara.

"Kami menolak keputusan ini kerana pemecatan tersebut dibuat tanpa mengikut prosedur sepatutnya seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti Fasal 20 Disiplin.

"MT dan Perlembagaan Umno disalah guna oleh Presiden dengan mengenepikan amalan demokrasi dalam parti di mana Tan Sri Muhyiddin tidak dipanggil untuk mempertahankan tuduhan terhadapnya sejak daripada awal penggantungan beliau.

"Selain itu, pemilihan Tan Sri Muhyiddin dalam jawatan berkenaan sebelum ini dibuat berdasarkan sokongan daripada ahli parti seluruh negara. Jadi kami sebagai ahli berasa dikhianati dengan keputusan MT," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Umno Bahagian Pagoh sebentar tadi.

Menurutnya, tindakan Muhyiddin yang sebelum ini menegur Presiden adalah bertujuan memperkukuhkan parti yang bukan digunakan untuk kepentingan peribadi.

"Segala kenyataan Tan Sri Muhyiddin berhubung salah laku dan jenayah yang dilakukan oleh presiden adalah berdasarkan daripada laporan berintegriti daripada agensi kerajaan.

"Maka, tindakan MT memecat Tan Sri Muhyiddin telah menimbulkan rasa kecewa dan tidak puas hati kepada ahli Umno Bahagian Pagoh serta merosakkan perpaduan dan keutuhan parti," katanya. - SH

rePublish Berita Terkini MalaysiaUmno Pagoh tolak keputusan MT Umno Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Umno Pagoh tolak keputusan MT Umno Reviewed by malaysiaisme on 5:35 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.