Majikan Aetna Ini Bayar Elaun RM1200 Kepada Pekerja Yang Kuat Tidur Sehingga 12 Jam Sehari
MESKIPUN tabiat tidur dikaitkan dengan sifat malas, masih tidak dapat dinafikan mendapatkan tidur berkualiti mempunyai banyak manfaat kesihatan fizikal, mental dan juga emosi.
Kesihatan yang baik berhubungkait dengan produktiviti seseorang.
Menyedari hakikat ini, sebuah syarikat insurans yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Aetna memperkenalkan sebuah dasar syarikat untuk menggalakkan pekerja mendapatkan tidur yang mencukupi.
Untuk setiap 20 malam pekerja mereka tidur untuk tujuh jam atau lebih, Aetna memberi ganjaran RM100, dengan jumlah maksimum RM1200 bagi tempoh 12 bulan.

“Hadir di tempat kerja dan membuat keputusan yang baik merupakan antara asas perniagaan kami,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Aetna, Mark Bertolini.
“Anda tidak akan bersedia sekiranya separuh mengantuk (di tempat kerja).”
Dasar syarikat ini mula digunapakai sejak tahun 2014.
Tahun lalu mencatatkan penyertaan kira-kira 12,000 pekerja daripada jumlah 25,000 keseluruhan dalam firma tersebut.
Masa tidur pekerja direkodkan menggunakan aplikasi dan peranti kecergasan seperti jam tangan dan sebagainya. Pekerja juga boleh merekodkan secara manual.
Tempoh tidur terbaik bagi orang dewasa seperti yang dicadangkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat adalah antara 7 hingga 8 jam, bagi mengelakkan kesan-kesan sampingan negatif akibat kurang tidur.
Kekurangan tidur yang berterusan boleh meningkatkan risiko beberapa masalah kesihatan kronik. Ia juga memberi kesan kepada kebolehan berfikir, bertindak balas, bekerja dan belajar.
Maka, dalam usaha untuk mewujudkan tenaga kerja yang lebih positif dan produktif, kepentingan tidur tidak boleh diabaikan.
Satu kajian Harvard Medical School baru-baru ini, dengan responden dalam kalangan pemimpin kanan mendapati, 96 peratus dilaporkan mengalami sekurang-kurangnya beberapa tahap keletihan.
Satu pertiga menggambarkan keadaan itu sebagai “ekstrim”.
Hasil kajian mendapati, antara faktor tekanan adalah keperluan untuk sentiasa bersedia dalam budaya bekerja 24 jam sehari, dan ramai yang mengorbankan tidur demi mencapai kejayaan.
Harvard Business Review sebelum ini mengesyorkan syarikat untuk menggalakkan pekerja mendapatkan tidur yang berkualiti dengan memperkenalkan program pembelajaran mengenai kepentingan tidur, dan menilai semula dasar syarikat sejajar dengan matlamat tersebut.

Sumber: chamais
Majikan Aetna Ini Bayar Elaun RM1200 Kepada Pekerja Yang Kuat Tidur Sehingga 12 Jam Sehari originally from Dalam Kasih
Majikan Aetna Ini Bayar Elaun RM1200 Kepada Pekerja Yang Kuat Tidur Sehingga 12 Jam Sehari
Reviewed by malaysiaisme
on
11:00 PM
Rating:
No comments: