Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Selepas ditangkap polis 2 hari lepas, inilah perkembangan terkini Adlin Aman Ramlie yang amat mengejutkan

KUALA LUMPUR 22 Julai – Pelakon dan pelawak, Adlin Aman Ramlie yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan pe­nipuan pelaburan hartanah te­­­lah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil bagi membantu siasatan.

Adlin Aman Ramlie akan mengadakan sidang akhbar khas esok bagi menjelaskan isu penahanannya berkaitan kes penipuan pelaburan.

Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslan Abd. Wahid berkata, pelakon berusia 44 tahun itu dibebaskan petang semalam setelah ditahan dalam Op Nuri di rumahnya di Cyberjaya dekat sini kelmarin.


“Kita telah mengambil ke­terangan Adlin dan pihak polis berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan pelakon berkenaan. Dia kini telah dibebaskan di bawah jaminan polis.

“Bagaimanapun, kita tetap akan menjalankan siasatan terhadap Adlin mengenai peranannya dalam kegiatan pelaburan haram ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Roslan, 13 individu lain termasuk dua individu bergelar Datuk Seri dan Datuk masih ditahan reman selama 21 hari.

Akhbar hari ini melaporkan Adlin antara 14 ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes sindiket penipuan pelaburan yang dipercayai ‘memperoleh’ lebih RM10 juta daripada ahli untuk dilaburkan dalam pelaburan hartanah.

Pelakon itu ditahan kerana didakwa menyediakan rumah untuk melindungi dua dalang sindiket itu.

Tujuh individu termasuk seorang bergelar ‘Datuk Seri’ ditahan di Kelantan, tiga termasuk seorang ‘Datuk’ dan pelakon itu di Selangor, dua lagi di Pahang dan Melaka manakala dua lagi di Pulau Pinang.

Difahamkan, syarikat itu dengan singkatan HG ditubuhkan untuk ‘membantu’ mereka yang gagal dalam perniagaan bagi menjana pendapatan pasif dengan melabur wang mereka dalam bentuk dana dan kemudian dilaburkan dalam hartanah dengan keuntungan diagihkan kepada ahli-ahlinya mengikut jumlah yang dilaburkan.

Sementara itu, Adlin berkata, beliau akan mengadakan sidang akhbar khas pada Ahad ini bagi menjelaskan isu penahanannya.

“Saya rancang untuk adakan sidang akhbar di sebuah stesen tele­visyen swasta bagi menjelaskan isu sebenar berkenaan berita isu penahanan saya itu,” katanya kepadaUtusan Malaysia.

Sumber: Utusan


Selepas ditangkap polis 2 hari lepas, inilah perkembangan terkini Adlin Aman Ramlie yang amat mengejutkan originally from Dalam Kasih

Selepas ditangkap polis 2 hari lepas, inilah perkembangan terkini Adlin Aman Ramlie yang amat mengejutkan Reviewed by malaysiaisme on 8:02 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.