Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Kerajaan India dijangka dakwa Zakir Naik

Kerajaan India dijangka dakwa Zakir Naik

Kerajaan India dijangka dakwa Zakir Naik

NEW DELHI: India dijangka mengenakan dakwaan keganasan terhadap pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik, selain mengisytiharkan Yayasan Penyelidikan Islam (IRF) yang diasaskan beliau sebagai pertubuhan 'haram.'

Sumber kerajaan berkata, pelan tindakan serampang dua mata terhadap Naik, yang juga menjadi mangsa tuduhan 'sumber inspirasi' serangan di Dhaka Julai lalu, diusahakan berdasarkan penelitian terhadap ucapan pendakwah berkenaan

Mereka berkata, Kementerian Dalam Negeri, memutuskan untuk mendakwa Naik menurut Akta Pencegahan Aktiviti Haram (UAPA) kerana ucapannya yang didapati berunsurkan gesaan berjihad

"Asas utama bagi mengenakan dakwaan keganasan terhadap Naik adalah kenyataan mereka yang terbabit dalam tindakan ganas sebelum ini, mengaku mereka terpengaruh dengan ucapannya," kata seorang pegawai perisik

Naik, yang berada di luar negara ketika siasatan mengenai serangan di kafe mewah di Dhaka menonjolkan beliau sebagai sumber inspirasi penyerang, membatalkan rancangan beliau kembali ke India

Pihak berkuasa juga memutuskan untuk menggunakan UAPA bagi mengharamkan IRF atas dakwaan ia menyebarkan kebencian antara komuniti agama menerusi ucapan awam, aktiviti dan 'paksaan bertukar agama' oleh anggotanya

Sebaik IRF dan persatuan sekutunya diisytiharkan sebagai 'haram', ia berhadapan penutupan pejabat dan kepentingannya di seluruh negara itu

Sumber juga berkata, Biro Perisikan mengumpulkan senarai ceramah provokatif Naik dan menghantar ia kepada Kementerian Dalam Negeri, yang memanjangkan ia kepada Agensi Penyiasatan Kebangsaan (NIA) untuk tindakan lanjut. - Bharian

rePublish Berita Terkini MalaysiaKerajaan India dijangka dakwa Zakir Naik Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Kerajaan India dijangka dakwa Zakir Naik Reviewed by malaysiaisme on 2:35 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.