Wanita Muslim dipaksa buka baju renang
Wanita Muslim dipaksa buka baju renang
NICE - PERANCIS. Polis di Perancis bertindak memaksa seorang wanita menanggalkan pakaian dipakainya di kawasan pantai dengan disaksikan pengunjung lain yang turut berada di kawasan tersebut ketika itu.
Memetik laporan Dailymail, empat pegawai polis kelihatan membuat rondaan dengan cota dan penyembur air lada di pantai Promenade des Anglais di Nice.
Wanita itu dirakam sedang berbaring seorang diri dengan baju berwarna biru dan skaf rambut warna sama sebelum dihampiri empat pegawai polis.
Wanita itu dikenakan saman selepas dipaksa menanggalkan pakaian luarannya dan hanya meninggalkan pakaian dalamnya sahaja.
Perkara sama menimpa seorang ibu muda di pantai di Cannes gara-gara memakai tudung dan baju renang muslimah.
Polis dikatakan telah mengacukan penyembur air lada itu ke wajah wanita berusia 34 tahun itu sebelum memberi amaran tentang undang-undang larangan pemakaian baju renang muslimah.
Beberapa hari sebelum kejadian itu pula, empat wanita disaman gara-gara memakai burkini di pantai dekat Cannes.
Melalui rakaman sebuah klip video, polis kelihatan menanti wanita tersebut keluar dari pantai sebelum memberi amaran dan mengeluarkan saman.
Namun rata-rata wanita yang dikenakan saman tidak menutup wajah sebaliknya memakai tudung yang menutup kepala dan baju yang menutup aurat.
Menurut seorang wartawan France 4 TV, Mathilde Cusin yang menyaksikan kejadian menimpa seorang wanita Muslim bernama Siam berkata orang ramai mula menjerit kepada wanita tersebut agar dia balik rumah kerana kehadirannya tidak dialu-alukan di situ.
“Ia agak kasar. Saya lihat wanita itu terduduk di tanah dan menangis bersama anak perempuannya,” katanya.
Sebelum ini, Perancis mengenakan larangan ke atas pemakaian pakaian renang Muslimah burkini di pantai awam dengan alasan menyembunyikan wajah atau memakai kostum menutup seluruh tubuh ke pantai kononnya tidak selaras dengan ideal hubungan sosial.
Difahamkan, 15 bandar di tenggara dan kawasan lain di negara itu telah menguatkuasakan larangan itu termasuk Cannes, di mana tiga wanita masing-masing didenda 38 euro (RM172) kerana melanggar peraturan tersebut. - SH

rePublish Berita Terkini MalaysiaWanita Muslim dipaksa buka baju renang Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Wanita Muslim dipaksa buka baju renang
Reviewed by malaysiaisme
on
12:56 PM
Rating:
No comments: