Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Imigresen cadang Pemburu Upahan tangkap PATI

Imigresen cadang Pemburu Upahan tangkap PATI

Imigresen cadang Pemburu Upahan tangkap PATI

Imigresen cadang ‘bounty hunter’ tangkap PATI

Datuk Seri Mustafar Ali berkata wang akan diberikan kepada orang awam yang menangkap PATI bagi membantu usaha jabatan itu memerangi sindiket penyeludupan warga asing.

Jabatan Imigresen Malaysia bercadang untuk memberikan ganjaran kewangan kepada orang awam yang membantu menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI).


Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata ganjaran kewangan kepada mereka yang menangkap PATI itu adalah sebahagian usaha jabatan itu dalam memerangi majikan serta sindiket yang mendalangi penyeludupan warga asing.

Beliau berkata pada masa ini apabila penguat kuasa imigresen melakukan operasi termasuk di sempadan, aktiviti penyeludupan akan dihentikan seketika kerana ada penduduk tempatan yang bersubahat mendedahkan maklumat operasi itu.

“Oleh itu saya mencadangkan tindakan drastik yang mudah dan menjimatkan tetapi berkesan iaitu mewujudkan pasukan sukarelawan seperti bounty hunter (pemburu upahan) yang dipraktikkan di Amerika Syarikat, Mexico dan negara lain.

“Penduduk kampung yang bersedia membantu, menangkap dan menyerahkan pendatang tanpa izin kepada pihak berkuasa, boleh ditempatkan di lokap sementara menanti tindakan imigresen,” katanya.

Mustafar berkata sudah sampai masanya situasi ketika ini iaitu bersubahat dengan sindiket pendatang tanpa izin bagi mendapatkan upah lumayan, diubah.

Beliau berkata jika cadangan ganjaran kewangan itu dilaksanakan, amalan membantu penyeludupan masuk boleh bertukar kepada amalan menangkap pendatang.

“Ganjaran kewangan sebenarnya tidak menambah beban kewangan berbanding operasi jabatan yang berdepan kekangan logistik dan kakitangan, jika dilakukan serentak di seluruh negara.

“Contohnya, majikan sering menafikan pendatang adalah pekerja mereka, tetapi bounty hunter boleh mendapatkan bukti seperti rakaman video untuk membuktikan keadaan itu,” katanya.

.


rePublish Update Berita MalaysiaImigresen cadang Pemburu Upahan tangkap PATI Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik admin Yusra yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Imigresen cadang Pemburu Upahan tangkap PATI Reviewed by malaysiaisme on 3:13 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.