Kelindan Lori Maut Dalam Keadaan Leher Dijerut Tali Selepas Dipercayai Terjun Dari Lori
Kelindan Lori Maut Dalam Keadaan Leher Dijerut Tali Selepas Dipercayai Terjun Dari Lori
Prai, 27 Okt: Seorang kelindan lori berusia 35 tahun maut selepas dipercayai terjun dari lori yang dinaiki dalam keadaan leher terikat dengan tali pada pemegang tangan pintu kenderaan terbabit dalam kejadian yang berlaku 3.30 petang hari ini.
Sebelum kejadian, lelaki terbabit dikatakan bergurau dengan rakan bahawa dia ingin mati namun tidak diendahkan oleh pemandu lori terbabit yang berusia 58 tahun.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, lelaki itu dan rakannya dalam perjalanan dari Bayan Lepas untuk menghantar barang kepada pelanggan.
Beliau berkata, setiba di Prai, lelaki yang pernah dirawat di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak, memberitahu rakannya dia mahu membunuh diri.
"Rakannya menganggap ia gurauan dan terkejut apabila namun lelaki itu mengikat lehernya dengan tali yang digunakan untuk mengikat barang pada pemegang tangan pintu lori.
"Lelaki itu kemudian membuka pintu sebelum terjun dari lori menyebabkan lehernya dijerut tali berkenaan," katanya.
Nik Ros Azhan berkata, lelaki itu baru tiga hari bekerja dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber: Harian Metro
rePublish Update Berita MalaysiaKelindan Lori Maut Dalam Keadaan Leher Dijerut Tali Selepas Dipercayai Terjun Dari Lori Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik admin Yusra yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Kelindan Lori Maut Dalam Keadaan Leher Dijerut Tali Selepas Dipercayai Terjun Dari Lori
Reviewed by malaysiaisme
on
9:21 AM
Rating:
No comments: