140 kontrak diberikan kepada kontraktor China

KUALA LUMPUR - Sebanyak 140 kontrak dengan nilai keseluruhan RM38 bilion, dianugerahkan kepada kontraktor dari China sejak 2010 hingga Oktober lepas, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata daripada jumlah itu hanya tiga kontrak sahaja melibatkan kontrak kerajaan, bernilai RM885 juta, manakala bakinya melibatkan projek swasta.
"Kerajaan akan memastikan pelaksanaan projek terbabit memberi manfaat kepada kontraktor-kontraktor tempatan serta pengusaha industri kecil dan sederhana.
"Pada masa sama, Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, sedang merangka mekanisme supaya syarikat asing, termasuk dari China, yang melaksanakan projek kerajaan turut menggunakan bahan mentah tempatan seperti besi keluli," katanya pada persidangan Dewan Negara, di sini hari ini.
Rosnah menjawab pertanyaan Senator Datuk Kadzim M Yahya mengenai jumlah dan nilai kontrak kerajaan yang dilaksanakan oleh kontraktor dari China.
Beliau bagaimanapun berkata tidak semua projek di negara ini disyaratkan menggunakan komponen atau bahan tempatan sepenuhnya memandangkan ada bahan binaan tertentu masih perlu diimport. - Bernama

rePublish Berita Terkini Malaysia140 kontrak diberikan kepada kontraktor China Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
140 kontrak diberikan kepada kontraktor China
Reviewed by malaysiaisme
on
8:35 PM
Rating:
No comments: