Aleppo jatuh ke tangan Bashar
Aleppo jatuh ke tangan Bashar
DERETAN bas menunggu untuk memindahkan pejuang penentang dan orang awam di timur Aleppo kelmarin. - AFP |
Di sebalik ribut salji yang melanda kelmarin, operasi pemindahan diteruskan pada waktu siang melibatkan berpuluh-puluh buah bas dan kenderaan lain.
Pemindahan itu yang dipersetujui di bawah tajaan Rusia dan Turki pada minggu lalu turut berdepan kelewatan selepas berulang kali tergendala.
Jurucakap Palang Merah, Ingy Sedky berkata, konvoi terakhir masih menunggu untuk meninggalkan Aleppo, manakala operasi itu melibatkan beberapa perjalanan ulang-alik.
Sumber tentera Syria pula memberitahu, proses pemindahan terakhir itu berjalan tanpa sebarang halangan.
“Pengumuman tamatnya operasi menawan semula Aleppo akan dibuat sebaik sahaja proses pemindahan terakhir ini selesai,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa menyatakan bahawa kira-kira 30,000 orang telah meninggalkan timur Aleppo sejak Khamis lalu termasuk semua mangsa yang cedera atau sakit.
Presiden Bashar Al-Assad sedang menunggu pemindahan terakhir dari timur Aleppo sebelum mengisytiharkan bahawa operasi menawan kubu kuat kumpulan penentang itu selesai.
Pengunduran dari Aleppo menandakan kejayaan terbesar buat Bashar dalam perang saudara di Syria yang berlarutan selama enam tahun.
Bandar itu berpecah dua dengan bahagian barat dikuasai tentera Bashar dan timur Aleppo pula ditawan kumpulan penentang sejak 2012.
Tentera Syria melancarkan operasi besar-besaran selama sebulan dan kepungan berminggu-minggu ke atas Aleppo yang mengakibatkan beratus-ratus orang awam dan pejuang penentang terbunuh. – AFP
rePublish Berita Terkini MalaysiaAleppo jatuh ke tangan Bashar Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Aleppo jatuh ke tangan Bashar
Reviewed by malaysiaisme
on
12:24 PM
Rating:
No comments: