Dera pembantu rumah - Datin direman bantu siasatan

PETALING JAYA 22 Dis. – Seorang wanita bergelar Datin ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung seorang pembantu rumah yang ditemukan di tepi longkang di Mutiara Damansara, di sini semalam dalam keadaan cedera dipercayai akibat didera majikannya.
Wanita berusia 43 tahun itu ditahan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadapnya mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.
Perintah reman sehingga 28 Disember ini dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Mazrah Mohamed mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Mangsa berusia 19 tahun itu ditemukan cedera oleh seorang pengawal keselamatan di Mutiara Damansara, di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari, semalam.
Pengawal keselamatan itu telah memaklumkan perkara tersebut kepada seorang wanita lain yang kemudian membawa mangsa ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan.
Mangsa yang baru bekerja dua minggu sebagai pembantu rumah di situ masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Suspek menyerah diri di Balai Polis Mutiara Damansara pada pukul 10.30 malam tadi. - Utusan

rePublish Berita Terkini MalaysiaDera pembantu rumah - Datin direman bantu siasatan Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Dera pembantu rumah - Datin direman bantu siasatan
Reviewed by malaysiaisme
on
11:54 AM
Rating:
No comments: