Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Farah Asyikin bakal kahwin kali ketiga dengan duda

Farah Asyikin bakal kahwin kali ketiga dengan duda

Farah Asyikin bakal kahwin kali ketiga dengan duda

PENYANYI Farah Asyikin mengesahkan akan berkahwin lagi selepas hampir setahun berpisah dengan bekas suami kedua.
Farah dijadualkan menamatkan status ibu tunggal itu pada 7 Januari depan.

Ibu kepada seorang anak itu berkata, dia memilih duda anak tiga, Raja Iskandar Raja Muktharuddin, 51, sebagai bakal suaminya.

"Bakal suami saya duda dan kematian isteri sejak 18 tahun lalu. Kami kenal sejak Disember tahun lalu dan melamar saya Mac lalu iaitu pada bulan sama bapa menghembuskan nafas terkahirnya," katanya dipetik dari sebuah portal berita.

Walaupun gagal dalam dua perkahwinan, Farah mengakui hatinya pernah serik berkahwin lain, namun kuasa ALLAH mengubah segalanya.

"Semua ini kuasa ALLAH. Mula-mula dulu memang saya tak yakin dengan hubungan ini. Malah saya juga bersikap jual mahal. Ditambah dengan kes penjagaan anak yang baharu saja selesai beberapa bulan lalu, saya masih teragak-agak.

"Namun jodoh saya dengannya kuat," katanya.

Tambah Farah lagi, dia banyak belajar dari kegagalan dua perkahwinan terdahulu. - Sinar Harian

rePublish Berita Terkini MalaysiaFarah Asyikin bakal kahwin kali ketiga dengan duda Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Farah Asyikin bakal kahwin kali ketiga dengan duda Reviewed by malaysiaisme on 8:35 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.