Sebab itu kami panggil mereka Pan
Sebab itu kami panggil mereka Pan
KUALA LUMPUR - Hasrat Parti Amanah Negara (Amanah) yang mahu bertanding di 40 kerusi Parlimen milik PKR dan Pas pada PRU14 membuktikan parti itu tidak mempunyai sifat amanah.
Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata demikian ketika dalam sidang media di Ibu Pejabat Pas Pusat di Jalan Raja Laut di sini, hari ini.
“Sebab itu kami tidak panggil mereka (parti Amanah) dengan Amanah, kami panggil mereka Pan,” katanya sinis.
Semalam, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, parti itu mahu bertanding di 40 kerusi Parlimen, termasuk milik PKR dan Pas pada PRU depan.
Khalid berkata, pemilikan kerusi tradisi yang dipertahankan sesama parti pembangkang tidak lagi relevan dengan senario politik hari ini.
Menurut Iskandar, sekiranya Amanah menghormati sekutunya dalam Pakatan Harapan, parti itu tidak akan sesekali akan menyatakan hasrat untuk merampas dan mencuri kerusi milik sekutunya, PKR.
“Saya baca kenyataan semalam Amanah hendak bertanding 40 kerusi termasuk milik Pas dan PKR, dengan sendirinya menunjukkan sikap sebenar Amanah.
“Mereka bersama dalam Pakatan Harapan, tapi nak curi kerusi PKR. Ini bermakna benarlah segala apa yang kami cakap sebelum ini tentang Amanah,” katanya lagi.
Semalam, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad dipetik sebagai berkata, parti itu mahu bertanding di 40 kerusi Parlimen, termasuk milik PKR dan Pas pada PRU depan.

“Ia akan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Harapan dan Bersatu. Apa yang penting senario politik hari ini sudah berubah. Tidak seperti 2013 (PRU13).
“Kita tidak boleh jadikan 2013 sebagai asas untuk pembahagian kerusi. Kita alu-alukan kenyataan PKR yang menyatakan kesediaan mereka serahkan kerusi kepada Bersatu,” katanya. - SH

rePublish Berita Terkini MalaysiaSebab itu kami panggil mereka Pan Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Sebab itu kami panggil mereka Pan
Reviewed by malaysiaisme
on
9:52 PM
Rating:
No comments: