Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Tiga tuntutan rasmi PAS kepada Sarawak Report

Tiga tuntutan rasmi PAS kepada Sarawak Report

Tiga tuntutan rasmi PAS kepada Sarawak Report

KUALA LUMPUR: PAS secara rasminya telah menyerahkan surat tuntutan kepada editor Sarawak Report yang bernama Clare Rewcastle Brown yang beralamat di London pada 13 Disember lalu, kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan.

Notis tuntutan "Letter of Claim Pursuant to the Pre-Action Protocol for Defamation" itu berkuatkuasa selama tujuh hari bermula dari tarikh surat pada 13 Disember 2016 telah menyenaraikan tiga perkara tuntutan yang harus diambil tindakan oleh portal berita Sarawak Report terbabit.
Menurut beliau, tiga perkara tersebut adalah meminta Sarawak Report membuang artikel itu daripada laman web Sarawak Report, mahu Sarawak Report siarkan satu permohonan maaf (apology) atau penarikan segala tuduhan mengikut terma yang akan dipersetujui oleh PAS dan menuntut Sarawak Report memberi akujanji (undertaking) tidak akan menyiarkan dakwaan palsu pada masa akan datang.

Beliau yang ditemui Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur pada hari ini turut menamakan dua pihak yang akan menyaman portal tersebut iaitu parti PAS dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. – HARAKAHDAILY

rePublish Berita Terkini MalaysiaTiga tuntutan rasmi PAS kepada Sarawak Report Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Tiga tuntutan rasmi PAS kepada Sarawak Report Reviewed by malaysiaisme on 10:35 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.