Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Hadi wajar jadi penasihat Agong

Hadi wajar jadi penasihat Agong

Hadi wajar jadi penasihat Agong


Perwakilan PAS dari Johor hari ini mencadangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dipilih sebagai penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Mohd Nazari Mokhtar berkata, pelantikan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong adalah satu rahmat daripada Allah SWT.

"Seorang yang mencerminkan akhlak seorang Islam, seorang yang beramal, mempunyai akidah tinggi dihantar Allah untuk menjadi ketua di Malaysia.

"Jadi kita sama-sama mendoakan supaya tuanku mendapat seorang penasihat yang wataknya juga serupa dengan baginda," katanya ketika membahas ucapan dasar presiden PAS sempena Muktamar PAS ke-63, di Alor Setar.

Sultan Muhammad V ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bagi tempoh lima tahun mulai pada 24 April lalu.

Mohd Nazari sempat memetik kata-kata Abdul Hadi bahawa parti itu bukanlah sangat berkeinginan ke Putrajaya, sebaliknya mahu menjadi penasihat kepada ulil amri (pemerintah).

‎"Tuanku pakai jubah pergi masjid, agak-agak siapa yang sesuai jadi penasihat? Ulama yang paling sesuai. Jadi saya mahu petik ucapan Datuk Seri presiden, kita bukan nak ke Putrajaya sangat, yang kita nak adalah menjadi penasihat kepada ulil amri.

"Siapa pemerintah nombor satu negara kita, seri paduka baginda.

"Jadi penasihat yang paling sesuai kepada baginda ialah presiden kita, pemimpin ulama nombor dua di dunia," katanya yang disambut laungan takbir para perwakilan.

Tambahnya, latar belakang Abdul Hadi sebagai salah seorang pemimpin ulama dunia‎ sentiasa mendapat perhatian umum.

"Apabila seorang pemimpin ulama nombor dua berbangsa Melayu, bercakap dalam bahasa Melayu, bukan saja difahami oleh kita dalam dewan ini, tetapi seluruh nusantara.

"Saya nak mengingatkan setiap patah yang keluar daripada presiden PAS adalah perkataan seorang ulama dan perkataannya dianalisa setiap insan yang boleh berbahasa Melayu," katanya. - Mkini

rePublish Berita Terkini MalaysiaHadi wajar jadi penasihat Agong Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Hadi wajar jadi penasihat Agong Reviewed by malaysiaisme on 1:20 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.