Isteri warga Turki sanggah tuduhan Zahid

Isteri warga Turki, T Karaman yang ditahan oleh polis atas dakwaan melakukan 'aktiviti yang mengancam keselamatan negara' menafikan tuduhan kaitan suaminya dengan kumpulan pengganas IS.
"Saya tahu dari berita bahawa mereka menuduhnya atas IS, (mereka) pembunuh," kata Ayse Gul Karaman.
Selepas berjaya menenangkan semula dirinya, Ayse memberitahu pemberita di Kuala Lumpur hari ini bahawa pergerakan IS adalah bertentangan dengan kepercayaan suaminya.
"Ideanya adalah untuk cinta, dia seorang yang penyayang. Dia suka membantu dan menyokong (pendakwah berpangkalan di Amerika Syarikat) idea Fethullah Gulen mengenai cinta, toleransi dan kesabaran.
"Ia bertentangan dengan IS. Bagaimana mereka boleh mendakwanya dengan perkara yang tidak munasabah? "
Pada Rabu yang lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Karaman dan I Aslan ditahan di bawah Seksyen 130 Kanun Keseksaan kerana aktiviti yang mengancam keselamatan negara.
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi pula dilaporkan berkata, kedua-dua tahanan disiasat atas kaitan dengan IS. - Mkini

rePublish Berita Terkini MalaysiaIsteri warga Turki sanggah tuduhan Zahid Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Isteri warga Turki sanggah tuduhan Zahid
Reviewed by malaysiaisme
on
10:33 AM
Rating:
No comments: