Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Menangis dihukum sebat

Menangis dihukum sebat

Menangis dihukum sebat

KOTA BHARU - Seorang lelaki menangis selepas dihukum penjara enam tahun dan sembilan sebatan kerana kesalahan merompak secara berkumpulan terhadap seorang lelaki warga Bangladesh, tahun lalu.

Hakim, Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd Saifulrizam Mat Alias, 31, selepas tertuduh mengaku bersalah.

Tertuduh mengaku salah melakukan kesalahan itu terhadap Mohammad Khobir Hossain di Jalan Tali Air Kawasan Kampung Lepah, Selising, Pasir Puteh, pada jam 3 petang 9 Disember 2016.

Tertuduh didakwa bersama dua lagi yang masih bebas dan bersenjatakan pisau dalam kejadian itu. Mereka melarikan wang tunai berjumlah RM493; telefon bimbit Oppo model R5 dan Samsung yang keseluruhannya bernilai RM1,000.

Dakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Siti Hajar Alias, manakala tertuduh diwakili peguam, Nik Mohd Amin Nik Abdullah.

Terdahulu, tertuduh merayu hukumannya diringankan dengan alasan dia hanya bekerja kampung dan menanggung isteri serta tiga anak yang masih kecil.

Siti Hajar bagaimanapun memohon hukuman berat dengan mengambil kira kesalahan serius yang dilakukan.

“Ketika melakukan rompakan itu, tertuduh berkumpulan dan bersenjatakan objek tajam (pisau).

“Tertuduh mengambil kesempatan terhadap warga asing menyebabkan mangsa mengalami kerugian wang tunai dan telefon bimbit,” katanya.

Nazri kemudian menjatuhkan hukuman itu dan mengarahkannya berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 22 Disember 2016.

Dalam kejadian lalu, mangsa menaiki motosikal melalui jalan tersebut ditahan tiga lelaki menyuruhnya berhenti.

Seorang lelaki membuka topi keledar mangsa dan memukulnya dengan topi itu.

Kesemua wang tunai dan dua telefon bimbit mangsa dirampas sebelum ketiga-tiganya melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Kancil berwarna perak. - Sinar Harian

rePublish Berita Terkini MalaysiaMenangis dihukum sebat Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Menangis dihukum sebat Reviewed by malaysiaisme on 9:46 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.