Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Ibu hidap kanser meninggal dunia, lima beradik kini sebatang kara

Ibu hidap kanser meninggal dunia, lima beradik kini sebatang kara

Ibu hidap kanser meninggal dunia, lima beradik kini sebatang kara

Walaupun baju raya sepasang seorang untuk lima beradik ini sudah dibeli oleh ibunya sebelum dimasukkan ke wad HUSM, namun satu Syawal yang bakal menjelang tiba nanti tidak dinantikan oleh mereka. - Foto Astro AWANI/Muhafandi Muhamad
KUBANG KERIAN: Ibu kepada lima beradik yang mendapat simpati orang ramai selepas kisah sedihnya disiarkan Astro AWANI sehari sebelum Aidilfitri lalu meninggal dunia Jumaat malam.

Akma Ismail, 41, meninggal dunia akibat kanser payu dara tahap empat sekitar jam 7.15 malam ini di wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dekat sini.

Hanya anak perempuannya Azrin Alia Balkis, 11, berada di sisi Allahyarham ketika menghembuskan nafas terakhir.

Empat lagi adik beradik Azrin berada di rumah mereka di Besut.

Astro AWANI pada 23 Jun lalu menyiarkan kisah lima beradik yang berduka dalam menantikan kedatangan 1 Syawal.


TERDAHULU

Luluh hati lima beradik menyambut Syawal, ibu kini terlantar bertarung nyawa


BESUT: Dalam kesibukan umat Islam dan kegirangan anak-anak menyambut kedatangan satu Syawal, lima beradik dari Taman Perwira, Tok Saboh di sini  diruntun sedih mengenangkan nasib mereka.

Detik berbaki beberapa hari lagi dirasai seperti duri berbisa menusuk hati mereka memandangkan ibu mereka, satu-satunya tempat mereka bergantung hidup, bertarung nyawa sedang menderita menghidap kanser payu dara tahap empat.

Si ibu, Akma Ismail, 41, yang terlantar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dengan keadaan yang sudah tidak menentu kini hanya bergantung kepada bantuan alat penafasan.

Menurut anak sulung kepada keluarga itu, Mohd Azri Irfan Zahari, 14, ibunya hanya dikesan menghidap kanser payu dara seminggu lalu dan terlantar di HUSM.
Semenjak dimasukkan ke HUSM, Mohd Azri Irfan bersama adiknya Mohd Azri Imran, 13, terpaksa tidak ke sekolah kerana menjaga ibunya di hospital.

Ibu mereka sudah berpisah dengan bapa mereka sejak tiga tahun lalu.

Selepas itu segala tugas dipikul oleh ibunya dengan memperolehi pendapatan hasil menjahit baju dan pakaian di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), tempat kediaman mereka.

Mohd Azri Irfan dan Mohd Azri Imran mempunyai tiga adik-beradik lain iaitu Azrin Elia Balkis, 11, Mohd Aziq Israf, 6, dan Azlini Elisya Qistina, 3.

Walaupun baju raya sepasang seorang untuk lima beradik ini sudah dibeli oleh ibunya sebelum dimasukkan ke wad HUSM, namun satu Syawal yang bakal menjelang tiba nanti tidak dinantikan oleh mereka.

“Kurang (gembira), sebab Along kurang yakin dengan ketiadaan ibu untuk menggalas amanah (menjaga) adik-adik. Sudah seminggu (ibu masuk hospital), masih lemah. Minta bantuan ibu-ibu saudara. Tidak mahu berpisah. Harapan tu agar ibu tidak tinggalkan lagi adik-adik, saya tidak sedia pikul amanah,” kata Mohd Azri Irfan ketika ditemui Astro AWANI.

Walaupun lima beradik ini mempunyai datuk dan nenek yang tinggal berdekatan serta menguruskan adik-adiknya sejak seminggu lalu, namun ikatan kasih antara ibu mereka amat mendalam.

Mohd Azri Irfan dan Mohd Azri Imran kini tabah menjaga ibu mereka di hospital kini, manakala tiga adik mereka ditinggalkan bersama datuk dan nenek mereka.

Di saat ibu mereka bertarung nyawa lima beradik hanya mampu berdoa agar ada keajaiban penyembuh sakit ibu mereka agar Syawal kali ini dapat diraikan bersama dengan lebih bermakna. - Astro Awani


rePublish Berita Terkini MalaysiaIbu hidap kanser meninggal dunia, lima beradik kini sebatang kara Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Ibu hidap kanser meninggal dunia, lima beradik kini sebatang kara Reviewed by malaysiaisme on 1:45 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.