Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Tiada lagi elaun IPG PISMP ambilan Jun 2018

Tiada lagi elaun IPG PISMP ambilan Jun 2018

Tiada lagi elaun IPG PISMP ambilan Jun 2018

PUTRAJAYA - Pelajar yang menyertai Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi ambilan Jun 2017, akan terus menerima elaun sara hidup RM430 sebulan dan belanja tambang pergi balik pada kadar maksimum RM500 sekali setahun.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan berkata, bagi pelajar IPG sedia ada mereka akan terus menerima elaun seperti yang diselaraskan mulai 1 Jan lalu, iaitu pada kadar RM430 sebulan di samping belanja tambang pergi balik pada kadar maksimum RM500 untuk sekali dalam setahun sehingga tamat pengajian.

Bagaimanapun tiada elaun diberikan mulai ambilan Jun 2018 bagi pelajar baharu yang menyambung pengajian ke peringkat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan tempoh pengajiannya selama empat tahun.

 "Namun begitu, yuran pengajian berjumlah RM27,831 ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan sepanjang tempoh pengajian selama empat tahun," katanya.

Tambahnya Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah berbincang dengan pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menyenaraikan IPGM sebagai antara agensi penerima PTPTN.

"Ini bagi membolehkan pelajar IPG yang menyambung pengajian ke peringkat PISMP mulai Jun 2018 menerima kemudahan pinjaman wang sara hidup," katanya. - Bernama

rePublish Berita Terkini MalaysiaTiada lagi elaun IPG PISMP ambilan Jun 2018 Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Tiada lagi elaun IPG PISMP ambilan Jun 2018 Reviewed by malaysiaisme on 2:23 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.