Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Zambry nafi adik Ustaz Kazim mahu lompat parti

Zambry nafi adik Ustaz Kazim mahu lompat parti

Zambry nafi adik Ustaz Kazim mahu lompat parti

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini menyangkal desas-desus Adun Kubu Gajah, Ahmad Hasbullah Elias tidak mahu bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana mahu menyertai parti lain.

Sebaliknya kata Zambry beliau difahamkan wakil rakyat itu masih sayangkan Umno namun mahu bersara.

“Beliau tidak memaklumkan kepada saya secara rasmi, cuma beliau memikirkan masa untuk berkhidmat sudah sampai ke penghujungnya... seperti saya umumkan sebelum ini ada dalam kalangan Ahli Berhormat menyatakan hasrat untuk tidak bertanding,” katanya kepada pemberita selepas bersiaran secara langsung menerusi Radio PerakFM, di sini hari ini.

Ahmad Hasbullah juga adalah adik kepada pendakwah terkenal, Datuk Kazim Elias

Ditanya sama ada BN akan memujuk Ahmad Hasbullah agar mengubah keputusannya  memandangkan beliau calon popular, Zambry berkata, pihaknya akan menimbang perkara itu dari semua aspek.

“Saya tidak boleh komen kerana saya belum berjumpa dengan dia tetapi kita akan melihat dari semua aspek. Apa yang lebih penting ialah dia sudah menyatakan hasratnya dan kita berterima kasih atas perkara itu,” katanya.

Semalam, Ahmad Hasbullah, 51, menyatakan keputusannya untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kerana ingin memberi laluan kepada pemimpin baharu untuk bertanding.

Ahmad Hasbullah yang menyandang kerusi Dun Kubu Gajah sejak PRU-13 berkata, setakat ini beliau tidak mempunyai perancangan dan akan berehat seketika. - Bernama

rePublish Berita Terkini MalaysiaZambry nafi adik Ustaz Kazim mahu lompat parti Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Zambry nafi adik Ustaz Kazim mahu lompat parti Reviewed by malaysiaisme on 9:13 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.