Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Tun Dr Mahathir letak jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-7

Tun Dr Mahathir letak jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-7

Tun Dr Mahathir letak jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-7

Tun Dr Mahathir Mohamad
Dr Mahathir letak jawatan Perdana Menteri & sebagai Pengerusi Bersatu

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan baru menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi.

Peletakan jawatan ini dipercayai berkaitan dengan pergolakan politik yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) sejak mesyuarat Majlis Presiden Jumaat lalu.
Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengesahkan surat peletakan jawatan itu telah diserahkan pada 1 tengahari.

Bagaimanapun pejabat itu tidak menyatakan siapa yang memangku jawatan itu.

Dr Mahathir dijangka akan menghadap Agong jam 5 petang ini di Istana Negara.

Sebentar tadi, Parti Bersatu telah mengumumkan keluar Pakatan Harapan menerusi satu kenyataan oleh Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dr Mahathir letak jawatan Pengerusi Bersatu

Dr Mahathir Mohamad diiringi diiringi Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Ibu Pejabat PPBM, Petaling Jaya, Selangor.




Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi  Bersatu Malaysia  (Bersatu) hari ini.

Surat peletakan jawatan telah dihantar ke ibu pejabat parti hari ini, menurut pejabat Pengerusi Bersatu.



rePublish Update Berita MalaysiaTun Dr Mahathir letak jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-7 Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Tun Dr Mahathir letak jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-7 Reviewed by malaysiaisme on 4:14 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.