Checkpoint letak keranda ingatkan rakyat bahaya COVID-19
Checkpoint letak keranda ingatkan rakyat bahaya COVID-19
FILIPINA mengambil langkah lebih tegas dalam usaha memastikan rakyatnya kekal duduk di rumah bagi menangani penularan wabak COVID-19 di negara itu.
Antaranya adalah dengan meletakkan keranda di setiap pemeriksaan sekatan jalan raya di Pampagna sebagai peringatan untuk orang ramai kekal dalam rumah dan tidak merisikokan kesihatan diri sendiri dan orang awam.Ketua Polis St Tomas Municipal, Nestor Bulatao berkata, penularan wabak itu tidak boleh dipandang remeh dan susulan itu mesej yang lebih mendalam perlu dihebahkan kepada orang awam.
Langkah tersebut, kata beliau, diambil selepas orang awam masih ingkar dengan arahan perintah berkurung separa yang diumumkan Presidennya, Rodrigo Duterte baru-baru ini.
Setakat Rabu, Filipina merekodkan penambahan 84 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif di negara itu adalah 636 kes dengan 26 kes sudah didiscaj.
Sementara itu, tiga kes kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah kematian adalah 38 kes.
rePublish Update Berita MalaysiaCheckpoint letak keranda ingatkan rakyat bahaya COVID-19 Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Checkpoint letak keranda ingatkan rakyat bahaya COVID-19
Reviewed by malaysiaisme
on
12:43 AM
Rating:
Reviewed by malaysiaisme
on
12:43 AM
Rating:


No comments: