Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Tentera bantu Polis pastikan rakyat Patuhi Perintah Bermula Tengah Malam Ini

Tentera bantu Polis pastikan rakyat Patuhi Perintah Bermula Tengah Malam Ini

Tentera bantu Polis pastikan rakyat Patuhi Perintah Bermula Tengah Malam Ini

Angkatan Tentera Malaysia akan membantu Polis Diraja Malaysia dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula Ahad (22 Mac) ini. - Gambar fail
Tentera bantu polis bermula 12.01 pagi Ahad

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula Ahad (22 Mac) ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan media pada Jumaat berkata, pasukan ATM akan menyertai pasukan PDRM bermula pukul 12.01 pagi tarikh berkenaan.

"Bermula daripada Ahad, 22 Mac 2020 jam 12.01 pagi, Angkatan Tentera Malaysia akan ditugaskan untuk membantu Polis Diraja Malaysia dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan dalam membasmi penularan wabak COVID 19," kata kenyataan itu lagi.

Orang ramai dinasihatkan agar mematuhi segala arahan daripada pihak berkuasa seperti mana yang dituntut sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.
Tindakan tegas akan diambil terhadap orang ramai yang ingkar dan tidak mematuhi perintah tersebut.

Terdahulu, Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media pada tengah hari ini berkata, kerajaan akan mengarahkan anggota tentera membantu PDRM dalam usaha untuk memastikan rakyat patuh kepada perintah kerajaan.

Tindakan itu dibuat susulan Perintah Kawalan Pergerakan hanya dipatuhi oleh 60 peratus rakyat negara ini pada hari kedua pelaksanaannya semalam.

Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan oleh kerajaan bermula 18 hingga 31 Mac ini dalam usaha untuk memastikan penularan pandemic COVID-19 yang sehingga kini telah meragut dua nyawa di Malaysia sementara jumlah kes keseluruhan yang direkodkan Kementerian Kesihatan  Malaysia ialah 1,030 kes.



rePublish Update Berita MalaysiaTentera bantu Polis pastikan rakyat Patuhi Perintah Bermula Tengah Malam Ini Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Tentera bantu Polis pastikan rakyat Patuhi Perintah Bermula Tengah Malam Ini Reviewed by malaysiaisme on 8:35 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.