Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Doktor Frontliner New York Bunuh Diri‘ Stress’ Tangani Pesakit COVID-19

Doktor Frontliner New York Bunuh Diri‘ Stress’ Tangani Pesakit COVID-19

Doktor Frontliner New York Bunuh Diri‘ Stress’ Tangani Pesakit COVID-19

Dr Lorna M. Breen, bekerja sebagai pengarah perubatan di jabatan kecemasan Hospital NewYork-Presbyterian Allen tinggal bersama keluarganya di Charlottesville, Virginia ditemui mati oleh bapanya.
‘Stress’ Tangani Pesakit COVID-19, Doktor Di New York Bunuh Diri

New York City, pusat penyebaran wabak COVID-19 yang paling teruk terjejas menerima berita sedih selepas seorang doktor terbaik di bandar tersebut telah meninggal dunia kerana membunuh diri, lapor New York Times.

Dr Lorna M. Breen, bekerja sebagai pengarah perubatan di jabatan kecemasan Hospital NewYork-Presbyterian Allen tinggal bersama keluarganya di Charlottesville, Virginia ditemui mati oleh bapanya.

“Dia sukakan New York dan tidak mahu tinggal di tempat lain. Dia mencintai rakan sekerjanya dan melakukan apa yang dia mampu untuk mereka.” kata bapanya, Philip Breen, yang merupakan pesara pakar bedah.

Bekerja di barisan paling hadapan di bahagian kota paling teruk di Amerika Syarikat, Dr Lorna sendiri pernah dijangkiti COVID-19 namun berjaya untuk keluar dan pulih dari wabak tersebut. Dia kemudiannya kembali bekerja untuk membantu teman kerjanya yang lain.

Namun,  pihak hospital telah menghantarnya pulang ke rumah setelah dia didapati masih terlalu lemah untuk bertahan selama 12 jam, dan keluarganya memilih untuk membawanya pulang ke Charlottesville.

Dr Lorna kemudian dimasukkan ke hospital di University of Virginia kerana keletihan, di mana ibunya juga bekerja sebagai doktor. Sebelum kematiannya, Dr Lorna sering memberitahu ayahnya tentang keadaan tempat mereka bekerja, di mana dia dan rakan-rakannya akan bekerja sekurang-kurangnya 18 jam dalam sehari dan terpaksa tidur di koridor.

“Pastikan dia diingati sebagai pahlawan. Dia adalah korban sama seperti orang lain yang telah meninggal dunia.” dia menambah.


rePublish Update Berita MalaysiaDoktor Frontliner New York Bunuh Diri‘ Stress’ Tangani Pesakit COVID-19 Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Doktor Frontliner New York Bunuh Diri‘ Stress’ Tangani Pesakit COVID-19 Reviewed by malaysiaisme on 6:22 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.