Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Ini sebab sebenar Pengusaha rugi, Terpaksa buang 50 Tan Sayur Setiap Hari

Ini sebab sebenar Pengusaha rugi, Terpaksa buang 50 Tan Sayur Setiap Hari

Ini sebab sebenar Pengusaha rugi, Terpaksa buang 50 Tan Sayur Setiap Hari

Mari kita duduk dalam kasut boot getah kuning petani. Tengok Petani itu sebagai petani. Bukan dia seorang cina, Melayu ,India dan tak kira lah apa bangsa sekalipun.
Ini sebab sebenar Pengusaha rugi, Terpaksa buang 50 Tan Sayur Setiap Hari

Petani Vs Netizen.

Headline berita,sekali baca terus rasa berdesup darah. 50 tan sayur kena buang. 50 tan bersamaan 50 000 kg. Kalau ambil purata harga sayur, 2 ringgit per kilo, dah RM 100 000 dibuang.


Netizen persoal.Kenapa tak sedekah, tak kongsi dengan jiran ,sampai ada satu comment aku baca, kenapa tak jual sayur di lazada. Bernas sungguh idea.


Ada juga yang lihat ,headline begini untuk meraih simpati kerajaan. Jenis nasionalis tak bertempat, maka ratib lah fahaman tokey cina mahu main harga.

Itu persepsi dan persoalan dari kaca mata netizen.

Mari kita duduk dalam kasut boot getah kuning petani. Tengok Petani itu sebagai petani. Bukan dia seorang cina, Melayu ,India dan tak kira lah apa bangsa sekalipun.



1. Untuk petik cili kena bayar pekerja . Punggah hasil, packing kena bayar lagi. Nak bawa ke tempat nak collections point, kena lagi duit tambang hilux. Nak distribute ke tempat nak 'sedekah' kena bayar lagi lori.

2. Ini dipanggil sedekah dalam sedekah. Niat nak sedekah sawi, tapi nak sedekah pun ada kos yang perlu kena keluar.

3. Ya benar kawan, sedekah itu amalan yang mulia. Namun, waktu kritikal begini , fikiran mereka sudah pasti mahu fokus cari pendapatan nak bagi anak bini makan. Petani ramai tak ada KWSP okayy.

4. Sayur, sifatnya perishable.Maksudnya mudah rosak atau cepat expired. Untuk sedekah sayur, perlu ada koordinasi yang baik. Pukul berapa sampai, pukul berapa nak agih dan dekat mana nak simpan.

5. Kita belum sampai kecanggihan teknologi ‘air freight' untuk bawa sayur tempatan merentas negeri .Banyak guna lori biasa sahaja.

6. Kawasan tanah tinggi yang paling terjejah, Cameron Highland dengan Lojing di Gua Musang.Masa kalian melawat ,memang beli sayur di kedai tepi jalan,parking dan terus masuk beli. Hakikatnya, kebanyakan kebun berada di pelusuk kampung, di ceruk bukit. Kena ikut jalan tanah merah sampai 2 jam jauhnya.

7. Kalau sekarang pergi kebun mereka , aku percaya senang senang je dia bagi sayur penuh satu bonet kereta. Tapi rasa la sendiri bawa kereta masuk jalan batu, panjat bukit dan kutip sendiri sayur.

8. Pasaran utama sayur, adalah di pasar borong. Sekarang, waktu operasi pasar borang semua terhad,peniaga buka kedai pun limited.Yang keluar membeli pun tak serancak macam sebelum Covid datang.

9. Contoh,norma peraih bawa 1000 kg sayur ke pasar borong Selayang, sampai sana, penjual mahu 300 kg je. Ambik banyak takut tak habis. ( rujuk point nombor 2). Yang tak habis, mahu tidak mahu kena bawa pulang. Nak jaja satu-satu kedai, makin tinggi kos 'vehicle running'.

10. Sayur ada masa kena harvest. Tak boleh dibiar. Nanti segala mak nenek serangga perosak datang. Kesan dia sampai setahun dua kalau perosak dah bersarang di situ.

11. Setiap kilo sayur ,ada oncost sendiri. Dari kos baja, air , elektrik, transport dan pekerja. Modal tak dapat pusing, tak dapat tanam untuk musim depan. Netizen juga yang tak merasa sayur nanti.

12. Corona datang , semua orang akan hadap kesukaran. Dari seorang doktor yang diangkat sebagai hero sehingga petani yang dipandang sepi. Semua ada cabaran dan peranan masing-masing.

13. Ini Cuma luahan petani. Mungkin headline berita mahu geser cetusan api. Kalau headline nya berbunyi :

“ Pengusaha rugi, kadar permintaan sayur berkurangan”

Boleh lagi diterima waras akal netizen kan.

Tak salah netizen jugak, waktu sukar begini, tahu-tahu sayur kena buang. Memang rasa emosi. Tapi cuba .

Cuba letak kaki kalian dalam boot getah kuning petani.Buang kaca mata racis. Mungkin kalian boleh sama-sama memahami, mendalami dan mencari solusi bersama.

Ahmad Zakwan
Netizen fight Farmer. Stomach suffer.

p/s : Rujuk gambar ketiga kalau rasa nak kecam bab sedekah.

Artikel oleh Ahmad Zakwan Zakaria

Rujukan :
1. Post Tuan Amy Ashimyshi
( Petani Melayu yang terkesan)

2. Post Tuan Fahmie Abu Bakar
( Petani Melayu yang juga terkesan)


rePublish Update Berita MalaysiaIni sebab sebenar Pengusaha rugi, Terpaksa buang 50 Tan Sayur Setiap Hari Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Ini sebab sebenar Pengusaha rugi, Terpaksa buang 50 Tan Sayur Setiap Hari Reviewed by malaysiaisme on 2:24 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.