Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Kita boleh sambut Hari Raya Aidilfitri jika semua rakyat patuhi PKP

Kita boleh sambut Hari Raya Aidilfitri jika semua rakyat patuhi PKP

Kita boleh sambut Hari Raya Aidilfitri jika semua rakyat patuhi PKP

Rakyat perlu mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya ingin kembali kepada kehidupan biasa dan seterusnya membolehkan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi disambut.
Kita boleh sambut Hari Raya Aidilfitri jika semua rakyat patuhi PKP

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, persoalan sama ada PKP fasa kedua yang akan berakhir 14 April ini disambung untuk fasa seterusnya atau tidak hanya bergantung kepada kepatuhan rakyat dalam tempoh 14 hari mulai esok.

“Ramai yang bertanya apakah PKP yang kedua ini akan diteruskan menjadi PKP ketiga dan keempat.

“Adakah bulan puasa nanti PKP akan terus dilaksanakan? Bolehkan kita berhari raya dan sebagainya, saya tahu ramai rakyat yang ingin kembali kepada kehidupan biasa.


“Tuan puan yang boleh memastikan tiada PKP ketiga, keempat, kita boleh berhari raya seperti biasa (atau tidak) adalah tuan dan puan sendiri,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai PKP di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, penentu terletak sepenuhnya terhadap kepatuhan rakyat.


“Jika kita terus mematuhi setiap arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan, saya percaya perkara tentang ketakutan kita untuk sambungan PKP tersebut akan dapat kita selesaikan,” katanya.


rePublish Update Berita MalaysiaKita boleh sambut Hari Raya Aidilfitri jika semua rakyat patuhi PKP Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Kita boleh sambut Hari Raya Aidilfitri jika semua rakyat patuhi PKP Reviewed by malaysiaisme on 3:53 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.