Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

KPDNHEP benarkan syarikat arak beroperasi semasa PKP

KPDNHEP benarkan syarikat arak beroperasi semasa PKP

KPDNHEP benarkan syarikat arak beroperasi semasa PKP

Sepucuk surat dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang memberi pengecualian kepada syarikat arak, Heineken Malaysia Bhd untuk beroperasi tular di media sosial.

Dalam surat bertarikh 31 Mac yang dilihat Malaysiakini, kementerian berkenaan membenarkan syarikat pembekal bir itu beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), susulan permohonan yang dibuat pada 24 Mac.
 
Ketika dihubungi sumber Heineken mengesahkan ketulenan surat itu.
"Berhubung permohonan tuan/puan pada 24 Mac 2020, setelah meneliti dan menyemak yang dikemukakan kementerian mendapati permohonan tuan/puan memenuhi kriteria yang ditetapkan sebagai operasi sektor pembekalan makanan di bawah PKP.

"Sehubungan itu, kementerian mengesahkan dan bersetuju bahawa aktiviti perniagaan tuan/puan boleh dibuka bagi memastikan pembekalan makanan mencukupi sepanjang tempoh PKP. Pengesahan ini juga tertakluk kepada syarat-syarat seperti lampiran A," katanya dalam kandungan surat tersebut.

Surat itu di tandatangani oleh Ketua Setiausaha KPDNHEP Hasnol Zam Zam Ahmad ditujukan kepada Pengurus Besar Heineken Malaysia Bhd.
PKP dikuatkuasakan bermula 18 Mac lalu bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Pada mulanya ia berakhir pada 31 Mac tetapi Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk melanjutkannya sehingga 14 April ini.
Sepanjang PKP, perniagaan dan perkhidmatan kategori tidak penting mesti ditutup sementara orang ramai hanya dibenarkan keluar rumah atas urusan penting, antaranya untuk membeli barang makanan.

Malaysiakini sedang berusaha menghubungi kementerian berkenaan bagi mendapatkan maklum balas.

Armada tuntut penjelasan

Sementara itu Pemuda Bersatu (Armada) menuntut penjelasan mengapa kilang arak berkenaan dibenarkan sedangkan hanya perkhidmatan perlu dan sektor kritikal sahaja sepatutnya beroperasi sepanjang tempoh PKP.

"Adakah kerajaan menyifatkan arak dan minuman keras yang jelas haram ini dalam kategori keperluan/kritikal?" soal exco agamanya, Abu Hafiz Saleh Hudin
Katanya, pada masa sama ribuan perniagaan halal dan milik Bumiputera terjejas akibat Covid-19 dan PKP, terutamanya bagi industri kecil dan sederhana.

"Mengapa pengecualian khas diberikan kepada kilang arak Heineken ini sedangkan terang-terangan perniagaan mereka adalah haram?
"Adakah kerana kilang ini mempunyai kaitan dengan orang berkepentingan?
"Tidak molek nampaknya kerajaan Melayu Islam memberi kelebihan kepada syarikat yang menjual produk yang jelas haram di sisi Islam," jelasnya. - Malaysiakini


rePublish Berita Terkini MalaysiaKPDNHEP benarkan syarikat arak beroperasi semasa PKP Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Unknown yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
KPDNHEP benarkan syarikat arak beroperasi semasa PKP Reviewed by malaysiaisme on 2:46 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.