Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Lima kes kematian, 208 positif COVID-19 hari ini

Lima kes kematian, 208 positif COVID-19 hari ini

Lima kes kematian, 208 positif COVID-19 hari ini

Bilangan pesakit yang telah sembuh terus meningkat. Terbaru, seramai 122 orang telah sembuh
Lima kes kematian, 208 positif COVID-19 hari ini

LIMA kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 5 petang, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini sebanyak 50 kes.

Mengenai bilangan kes baharu positif Covid-19, beliau berkata, sebanyak 208 dilaporkan hari ini, mencatatkan 3,116 kes keseluruhan dalam negara.


Katanya, daripada jumlah itu, seramai 105 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 54 menggunakan bantuan alat pernafasan.

“Bilangan pesakit yang telah sembuh terus meningkat. Terbaru, seramai 122 orang telah sembuh.

“Ini menjadikan 767 pesakit atau 24.6 peratus telah sembuh dan discaj hospital,” katanya.

Berikut carta terperinci kematian akibat Covid-19 dalam negara hari ini;


CARTA terperinci kematian akibat Covid-19 dalam negara hari ini. INFOGRAFIK ihsan KKM



rePublish Update Berita MalaysiaLima kes kematian, 208 positif COVID-19 hari ini Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Lima kes kematian, 208 positif COVID-19 hari ini Reviewed by malaysiaisme on 5:39 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.