Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Malaysia Duduk Tangga Teratas Pesakit Sembuh COVID-19

Malaysia Duduk Tangga Teratas Pesakit Sembuh COVID-19

Malaysia Duduk Tangga Teratas Pesakit Sembuh COVID-19

Syabas dan tahniah kerajaan Malaysia.
Peratusan Sembuh Pesakit Malaysia Paling Tinggi Di Dunia

Laporan agensi berita nasional, Malaysia berada tangga teratas di dunia dari segi kadar peratusan pesakit sembuh daripada ancaman Covid-19.

Laporan prestasi COVID-19 tersebut, merupakan pertunjuk serta bukti kukuh bahawa langkah-langkah di ambil oleh kerajaan Malaysia adalah tepat, betul dan terbaik, sekaligus menafikan tuduhan pihak tertentu bahawa KKM gagal bertindak atasi wabak Covid-19.

Katanya, Ummah dan rakyat Malaysia mengucapkan syabas dan terima kasih kepada barisan hadapan iaitu doktor, jururawat, pemandu ambulan dan kakitangan perubatan yang lain termasuk cleaner serta Polis, Angkatan Tentera Malaysia dan agensi-agensi kerajaan, sukarelawan, NGO dan lain-lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memerangi Covid-19.


“Tidak dilupakan kepada rakyat Malaysia yang memberi kerjasama dan sokongan padu ke atas arahan dan langkah-langkah di ambil kerajaan mencegah Covid-19, ujarnya lagi.

Beliau menambah, walaupun, hakikatnya (negara) belum berjaya sepenuhnya mengatasi wabak Covid-19 ini, namun pencapaian dalam tempoh 4 minggu PKP dilaksanakan, ia memberi pertunjuk amat positif dan menyakinkan, langkah-langkah di ambil kerajaan adalah tepat dan betul.

Pelbagai inisiatif dan langkah-langkah di ambil kerajaan seperti melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pakej Rangsangan Ekonomi, arahan tegas Perdana Menteri memperketakan sempadan negara, membawa pulang pelajar perubatan luar negara untuk beri sokongan barisan hadapan, merupakan bukti kesungguhan dan komitmen tinggi kerajaan mencegah wabak Covid-19, agar ia tidak menjadi bencana kepada rakyat dan negara.

Beliau menambah, pencapaian positif tersebut, adalah bukti pasukan perubatan dan sistem perkhidmatan kesihatan Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia.

Sehingga kelmarin, sebanyak Malaysia mencatatkan kadar 32.7% pesakit sembut Covid-19, diikuti Singapura 24.4% dan Hong Kong 22.54%, berbanding kadar purata dunia sbyk 21.01%.

Kadar pesakit Covid-19 yang telah meninggal dunia di Malaysia pula mencatatkan kadar paling rendah iaitu 1.63%, berbanding Korea (1.84%), Jepun (2.38%), Sweden (5.87%) dan kadar purata dunia 5.49%.

Justeru, Ummah ingin terus merayu kepada seluruh rakyat mematuhi arahan PKP, agar usaha kerajaan memastikan wabak Covid-19 dapat dihentikan sepenuhnya.


rePublish Update Berita MalaysiaMalaysia Duduk Tangga Teratas Pesakit Sembuh COVID-19 Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Malaysia Duduk Tangga Teratas Pesakit Sembuh COVID-19 Reviewed by malaysiaisme on 12:54 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.