Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Pelakon Remaja 'The Flash' meninggal dunia

Pelakon Remaja 'The Flash' meninggal dunia

Pelakon Remaja 'The Flash' meninggal dunia

Logan Williams yang memegang watak Barry Allen ketika muda dalam siri The Flash meninggal dunia pada usia 16 tahun. -IMDB
Pelakon 'The Flash' meninggal dunia

Bintang yang sedang meningkat naik itu muncul dalam lapan episod dalam musim pertama siri adi wira tersebut.

Ibu Logan, Marlyse Williams mengesahkan berita pemergian anaknya pada Khamis lalu namun tidak menyatakan sebab kematian.

Pelakon utama "The Flash" Grant Gustin melalui akaun Instagram mengucapkan takziah di atas pemergian Logan.



“Saya baru dapat berita menyedihkan Logan Williams meninggal dunia secara tiba-tiba.

"Gambar ini dirakam pada awal penggambaran episod pertama 'The Flash' pada 2014.

"Saya amat kagum dengan bukan sahaja bakat yang ada pada Logan, tetapi juga professionalismenya di set.

"Ingatan dan doa saya dititipkan buat mendiang dan keluarga dalam suasana yang pastinya amat sukar buat mereka," tulis Gustin.

Williams dilahirkan pada 9 April 2003 di Vancouver, Kanada.


Selain The Flash, mendiang turut membintangi drama 'When Calls the Heart' sebagai Miles Montgomery.



rePublish Update Berita MalaysiaPelakon Remaja 'The Flash' meninggal dunia Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Pelakon Remaja 'The Flash' meninggal dunia Reviewed by malaysiaisme on 2:09 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.