Pondok buluh sebagai pusat kuarantin COVID-19!
Pondok buluh sebagai pusat kuarantin COVID-19!
Bagi membendung penularan wabak COVID-19, pihak berkuasa kesihatan Myanmar dengan kerjasama kumpulan militia pro-kerajaan telah membina satu pusat kuarantin yang terdiri daripada pondok buluh.
Baru-baru ini, tular beberapa keping gambar yang mendakwa pesakit COVID-19 dikuarantin di fasiliti pondok buluh di Vietnam, namun, kejadian sebenar berlaku di Myanmar.Gambar yang turut disiarkan beberapa media di Myanmar menyatakan fasiliti itu dibina di negeri Shan yang dikuasai oleh United Wa State Army (UWSA).
Menurut agensi Democratic Voice of Burma (DVB), fasiliti yang terdiri daripada 20 pondok buluh itu dibina di daerah Mong Hsat sebagai penempatan sementara kepada mana-mana individu yang ingin memasuki daerah berkenaan.
Setiap pondok menempatkan seorang individu dan suhu badan mereka akan diperiksa dari masa ke semasa.
“Pihak jabatan kesihatan sentiasa berhubung dengan petugas di kawasan luar bandar bagi memastikan wabak COVID-19 tidak merebak,” kata Myint Soe Tun, ketua pegawai kesihatan di Phang Nga yang dipetik oleh DVB.
Beliau menambah, tiada sebarang kes jangkitan ditemui sepanjang pemeriksaan kuarantin dijalankan. Pada masa yang sama, petugas kuarantin sentiasa menyampaikan laporan semasa melalui aplikasi We Chat.
Sementara itu, DVB melaporkan tempoh kuarantin kepada mana-mana individu yang ingin memasuki ke Mong Hsat perlu berada di pusat berkenaan selama 14 hari.
Mong Hsat merupakan daerah yang terletak berhampiran kawasan sempadan antara Myanmar dengan China, Thailand dan Laos.
rePublish Update Berita MalaysiaPondok buluh sebagai pusat kuarantin COVID-19! Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Pondok buluh sebagai pusat kuarantin COVID-19!
Reviewed by malaysiaisme
on
3:24 AM
Rating:
No comments: