Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Seluruh KL kini berada dalam zon merah COVID-19

Seluruh KL kini berada dalam zon merah COVID-19

Seluruh KL kini berada dalam zon merah COVID-19

Seluruh kawasan Kuala Lumpur kini diklasifikasikan sebagai zon merah Covid-19 selepas daerah terbaru – Cheras – mencatatkan 44 kes positif penyakit itu.
Kesempitan wang, pelajar UKM ‘ikat perut’ hingga usus terkoyak

Dalam hantaran di akaun rasmi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tengah hari tadi, data menunjukkan Cheras dimasukkan dalam kategori zon merah.

“Taburan kes mengikut negeri dan daerah sehingga 12 tengah hari 5 April.

“Pertambahan kawasan zon merah terbaru iaitu Cheras menjadikan jumlah kepada 18 daerah.

“Duduk di rumah dan penjarakan sosial mampu memutuskan rantaian jangkitan,” kata KKM.

Sebelum ini Cheras masih berada dalam zon oren dengan 38 kes positif Covid-19.

Semalam berdasarkan maklumat Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) ada satu zon merah dalam kawasan Kuala Lumpur dan dua lagi di Selangor dengan jumlah kes positif sehingga 300.

Melalui kenyataan disebarkan dalam aplikasi Telegeram, CPRC sebelum ini berkata sebanyak 17 daerah sudah dikenal pasti sebagai zon merah.


Selain Cheras, kawasan lain dalam Kuala Lumpur yang diletakkan sebagai zon merah ialah Kepong, Lembah Pantai dan Titiwangsa.



rePublish Update Berita MalaysiaSeluruh KL kini berada dalam zon merah COVID-19 Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Seluruh KL kini berada dalam zon merah COVID-19 Reviewed by malaysiaisme on 11:43 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.