Khalid Samad sahkan bekas pembantunya ditahan polis
Khalid Samad sahkan bekas pembantunya ditahan polis
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengesahkan bekas setiausaha politiknya, Azli Yusuf ditahan polis semalam dan kini sedang direman.
Khalid berkata, penahanan itu berdasarkan aduan daripada sebuah syarikat arkitek yang mendakwa menerima Arahan Pembangunan (DO) palsu daripada seorang "broker".
Anggota Parlimen Shah Alam itu mendakwa broker berkenaan menggunakan nama Azli yang dikatakan telah mendapatkan DO berkenaan bagi pihaknya.
"Saya tidak boleh menceritakan lebih dari itu kerana kes ini masih dalam siasatan polis.
"Saya diberitahu broker berkenaan telah menerima jutaan ringgit melalui kaedah jual nama (Azli) ini.
"Kepercayaan 'cash is king' memungkinkan broker berjaya. Broker kaya, yang nama dijual teraniaya," katanya di Twitter.
-- Malaysiakini
rePublish Berita Terkini MalaysiaKhalid Samad sahkan bekas pembantunya ditahan polis Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Unknown yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Khalid Samad sahkan bekas pembantunya ditahan polis
Reviewed by malaysiaisme
on
7:27 AM
Rating:
Reviewed by malaysiaisme
on
7:27 AM
Rating:
No comments: