Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Tujuh beranak melecur

Tujuh beranak melecur

Tujuh beranak melecur

SHAH ALAM - Sepasang suami isteri dan anak mereka antara tujuh mangsa yang melecur dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah di Taman Cahaya Alam di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian itu kira-kira jam 7.36 pagi.

"Sepasukan anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kejadian melibatkan kebakaran 100 peratus rumah teres dua tingkat," katanya menerusi kenyataan hari ini.

"Seorang mangsa selamat manakala tujuh lagi melecur. Kesemua mangsa melompat keluar melalui tingkat atas kerana semua ruang terbakar.

"Kesemua mangsa terlibat dihantar ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut," katanya.

-- Sinar Harian



rePublish Berita Terkini MalaysiaTujuh beranak melecur Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Unknown yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Tujuh beranak melecur Reviewed by malaysiaisme on 3:13 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.