Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Usul undi tidak percaya mampu ubah majoriti, jatuhkan PN

Usul undi tidak percaya mampu ubah majoriti, jatuhkan PN

Usul undi tidak percaya mampu ubah majoriti, jatuhkan PN

PUTRAJAYA - Usul undi tidak percaya terhadap kerajaan yang mahu dibawa oleh Pakatan Harapan (PH) di Dewan Rakyat diyakini mampu mengubah sokongan majoriti yang diperoleh kerajaan kepada pembangkang.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang hanya mempunyai majoriti tipis boleh tergugat dengan pendedahan yang dilakukan menerusi usul undi tidak percaya.

"Soal majoriti ini bukan sesuatu yang tidak berubah. Ini kali pertama kita mempunyai sebuah kerajaan yang mempunyai majoriti yang amat tipis.

"Kalau dua tiga orang pindah dari parti kerajaan kepada parti lawan, kerajaan ini akan jatuh sebab itu kami percaya kalau kami dapat dedahkan kesalahan kerajaan, maka mungkin ada daripada parti kerajaan itu yang akan sokong," katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Tambah beliau, usul undi tidak percaya adalah hak bagi setiap ahli Parlimen.

"Kalau kami tak kemukakan usul undi tidak percaya ini sudah tentu siapa pun tidak tahu kenapa usul ini dikemukakan.

"Ini hak saya sebagai ahli Parlimen. Bukan sebagai bekas Perdana Menteri. Saya berhak kemukakan usul tidak percaya kepada kerajaan," katanya.

-- Sinar Harian

rePublish Berita Terkini MalaysiaUsul undi tidak percaya mampu ubah majoriti, jatuhkan PN Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Unknown yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Usul undi tidak percaya mampu ubah majoriti, jatuhkan PN Reviewed by malaysiaisme on 1:27 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.