Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Pilihan Raya Umum ke-15 boleh berlaku bila-bila masa

Pilihan Raya Umum ke-15 boleh berlaku bila-bila masa

Pilihan Raya Umum ke-15 boleh berlaku bila-bila masa

Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin dikatakan bakal berdepan kemelut dalam pembahagian kerusi menjelang PRU-15 nanti.
PRU-15 boleh berlaku bila-bila masa

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dijangka boleh berlaku pada bila-bila masa apabila diputuskan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, berkata pihaknya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk kemungkinan pembentukan Kerajaan Pusat baharu.

"Jika kita rasa bahawa kita sudah berjaya mengambil hati rakyat, jadi ia adalah masa sesuai untuk kita mendapat kerajaan baharu melalui pilihan raya bagi menentukan mandat.

"Terpulang kepada Tan Sri Muhyiddin sebagai pemimpin untuk menentukan bila dan masa yang sesuai bagi membubarkan Parlimen.

"Kami di peringkat menteri (ketika ini) bekerja sebaik mungkin seolah-olah esok adalah pilihan raya," katanya ketika ditemui di sini, petang semalam.

Terdahulu Khairuddin mengunjungi Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin di kediamannya di Sanglang.

Sementara itu, Hashim mendedahkan PAS pernah meminta diadakan PRU-15 ketika berlaku krisis pelantikan Perdana Menteri membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang meletak jawatan secara mengejut Februari lalu.


rePublish Update Berita MalaysiaPilihan Raya Umum ke-15 boleh berlaku bila-bila masa Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Pilihan Raya Umum ke-15 boleh berlaku bila-bila masa Reviewed by malaysiaisme on 10:48 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.