Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

COVID-19: Kluster Sivagangga dibimbangi berkemungkinan super-spreader - Dr Noor Hisham

COVID-19: Kluster Sivagangga dibimbangi berkemungkinan super-spreader - Dr Noor Hisham

COVID-19: Kluster Sivagangga dibimbangi berkemungkinan super-spreader - Dr Noor Hisham

Dr Noor Hisham bagaimanapun berkata, kajian teliti perlu dibuat memandangkan kluster tersebut merebak dengan sangat cepat berbanding sembilan kluster aktif yang lain.
Kluster Sivagangga dibimbangi berkemungkinan 'super-spreader' - Dr Noor Hisham

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bimbang Kluster Sivagangga di Kedah berkemungkinan merupakan super spreader yang berkait dengan Genom 614 dari Mesir dan Pakistan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata, kajian teliti perlu dibuat memandangkan kluster tersebut merebak dengan sangat cepat berbanding sembilan kluster aktif yang lain.

“Yang kita lihat sekarang kluster PUI Sivagangga, kluster ini merebak dengan cepat dibandingkan sembilan kluster di Sarawak dan sebagainya.

“Kajian sedang dijalankan sama ada kita sedang menghadapi satu kluster iaitu Genom 614, iaitu kluster super spreader.
“Super spreader ini telah dimaklumkan kepada kementerian iaitu dari Mesir, dan juga Pakistan. Besar kemungkinan ini mungkin adalah satu kluster super spreader tetapi kita kena laksanakan ujian teliti,” katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.

Astro AWANI pada 28 Julai lepas melaporkan dua kluster baharu COVID-19 dikenal pasti di Kedah dan Sarawak membabitkan sembilan individu dikesan positif, setakat ini.

Menjelaskannya, Dr Noor Hisham berkata, kes indeks pertama bagi Kluster Sivagangga, India merupakan seorang pemastautin tetap yang pulang ke Malaysia dari India pada 13 Julai lalu (kes ke-8,937).

Begitupun katanya, saringan COVID-19 di pintu masuk negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didapati negatif dan individu itu telah diarah menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).


Namun individu itu tidak mematuhi syarat perintah itu dan kini di dalam tindakan pihak berkuasa.



rePublish Update Berita MalaysiaCOVID-19: Kluster Sivagangga dibimbangi berkemungkinan super-spreader - Dr Noor Hisham Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
COVID-19: Kluster Sivagangga dibimbangi berkemungkinan super-spreader - Dr Noor Hisham Reviewed by malaysiaisme on 11:48 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.