Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Remaja 16 tahun maut selepas bermain PUBG tanpa henti

Remaja 16 tahun maut selepas bermain PUBG tanpa henti

Remaja 16 tahun maut selepas bermain PUBG tanpa henti

Sejak dari dulu, permainan PUBG menerima banyak kritikan negatif dari pelbagai negara yang menganggap permainan itu boleh memudaratkan dan membuat golongan muda ketagihan.
Remaja 16 tahun mati selepas bermain PUBG tanpa henti

Ketagihan melampau pada permainan video membuatkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di Andhra Pradesh, India, meninggal dunia pada 10 Ogos lalu selepas bermain PUBG atau PlayerUnknown's Battlegrounds, secara berterusan selama beberapa hari tanpa makan dan minum air yang mencukupi.

Lapor media tempatan, remaja itu pada awalnya jatuh sakit akibat dehidrasi kerana tidak menjamah makanan dan minuman secukupnya.

Bimbang melihat keadaan remaja berkenaan, ahli keluarganya segera membawa dia ke hospital di Bandar Eluru. Doktor mengesahkan remaja itu mengalami cirit birit melampau dan terpaksa menjalani pembedahan.

Malangnya, keadaan mangsa tidak mampu bertahan dan disahkan meninggal dunia ketika diberikan rawatan.

Sejak dari dulu, permainan PUBG menerima banyak kritikan negatif dari pelbagai negara. Malah, ada sesetengah negara mengambil pendekatan menyekat permainan itu kerana mendakwa ia boleh memudaratkan dan menyebabkan golongan belia menjadi ketagih.


rePublish Update Berita MalaysiaRemaja 16 tahun maut selepas bermain PUBG tanpa henti Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Remaja 16 tahun maut selepas bermain PUBG tanpa henti Reviewed by malaysiaisme on 2:48 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.