Pelancong berani pegang telur harimau untuk selfie, dikecam kerana memalukan haiwan itu
Pelancong berani pegang telur harimau untuk selfie, dikecam kerana memalukan haiwan itu
Seorang pelancong wanita dikecam kerana memegang telur harimau semata-mata untuk bergambar dalam kejadian yang berlaku pada 26 Ogos lalu di sebuah zoo di Chiang Mai, utara Thailand.
G ambar yang dirakam Waraschaya Akkarachaiyapas itu menimbulkan rasa kurang senang penduduk tempat yang mendakwa perbuatannya itu jelas sekali memalukan harimau berkenaan.Pihak zoo itu juga menerima tempias kerana didakwa memberi ubat penenang kepada haiwan di zoo agar pelancong boleh mendekati dan merakam gambar kenangan.
"Ini sangat biadab! Harimau tu takkan benarkan kamu sentuh kemaluan dia. Kamu tak ada hak untuk berbuat demikian," kata Phorntip Siracha.
"Bahaya ni. Kalau harimau tu marah, tak pasal-pasal kamu diserang," kata Kaew.
Bagaimanapun, Waraschaya tampil mempertahankan dirinya dan mendakwa dia merupakan pencinta haiwan.
Pirom berkata, kakitangannya memantau dengan baik ketika pelancong berada dekat dengan haiwan dalam zoo untuk berselfie bagi memastikan keselamatan pelancong terjamin.
"Kami tidak benarkan pelancong menyentuh bebola harimau tetapi mereka dibenarkan menyentuh mana-mana bahagian haiwan itu asalkan aktiviti itu dipantau oleh kakitangan kami.
"Mulai sekarang, kami akan memastikan tiada pelancong yang akan menyentuh kemaluan harimau lagi," katanya.
Sumber: Daily Mail
rePublish Update Berita MalaysiaPelancong berani pegang telur harimau untuk selfie, dikecam kerana memalukan haiwan itu Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Pelancong berani pegang telur harimau untuk selfie, dikecam kerana memalukan haiwan itu
Reviewed by malaysiaisme
on
2:48 PM
Rating:

No comments: