Najib: Jika Bayaran RM10,000 KWSP lulus, rakyat jangan beli iPhone 12
Najib: Jika Bayaran RM10,000 KWSP lulus, rakyat jangan beli iPhone 12
Bekas menteri kewangan Najib Razak membuat kenyataan hari ini mengenai pengeluaran akaun 1 RM10,000 KWSP secara one off yang sukar diluluskan oleh kerajaan perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
T erdapat pihak yang bimbang bawa KWSP akan terbeban dari segi aliran tunai jika kerajaan meluluskan pencarum mengeluarkan Wang RM10000 secara one-off melalui akaun 1 KWSP.
Untuk rekod cadangan pengeluaran wang RM10000 DARIPADA AKAUN 1 KWSP INI bermula daripada Najib Razak apabila ramai rakyat yang memintanya untuk berbuat demikian. sebelum mengeluarkan cadangan tersebut Najib juga telah mempertimbangkan kemampuan kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP serta kerajaan untuk rakyat yang memerlukan skim ini.
Untuk makluman seramai 4.57 juta Rakyat Malaysia sebagai pencarum yang diluluskan untuk pengeluaran I Lestari KWSP secara bulanan yang diluluskan oleh kerajaan melalui akaun 2 KWSP menurut Najib.
menurut Najib dalam tempoh bulan April hingga Ogos panjang tempoh lima bulan ini, jumlah pengeluaran I Lestari adalah sebanyak RM7.48 Billion. Najib menjangka bawah pencarum yang ingin mengeluarkan one off wang daripada akaun 1 sama jumlahnya dengan skim I lestari tersebut.
Menurut pengiraan bekas menteri kewangan tersebut :
Seramai 4.57 juta pencarum x RM10,000 =RM45.7 BILLION.
Jumlah anggaran di atas adalah jika keseluruhan pencarum ingin mengeluarkan jumlah di atas tu ataupun bagi mereka yang layak ke dengan jumlah tersebut. Atau ada segelintir rakyat yang mahukan jumlah sedikit sahaja daripada jumlah tersebut.
Dari segi keuntungan kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP, Agensi berkenaan telah mengumum kan keuntungan pada suku kedua 2020 adalah sebanyak RM15.12.
KWSP juga telah membangunkan jumlah aset yang mereka telah laburkan merangkumi dana sebanyak RM929.64 billion pada tarikh 30 jun 2020 yang mana 49.2% pelaburan adalah di dalam bentuk bon menurut bekas menteri kewangan Najib Razak.
Menurut Najib lagi jika kerajaan bimbang terhadap Tekanan keatas bon pasaran tempatan yang mengakibatkan pencairan bon sehingga RM45.7 BILLION dalam waktu yang singkat untuk pembiayaan RM10000 secara one-off, Bank Negara Malaysia boleh membantu sebab agensi berkenaan dibenarkan membeli bon daripada pasaran tempatan jika perlu.
Najib mengulas lanjut bawa langkah Bank Negara Malaysia ini tidak berbahaya disebabkan, Malaysia dan dunia berada di dalam suatu keadaan ekonomi di mana inflasi negatif akibat tekanan ekonomi.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP boleh memilih meneruskan skim ini dengan cara membuat pembayaran secara one-off ataupun secara bulanan yang mengambil masa dalam tempoh tiga sehingga enam bulan.
Najib juga menasihatkan rakyat jika cadangan ini diteruskan rakyat jangan membeli iPhone 12 pula.
Najib mengatakan bahawa di zaman baru ini kaedah pendekatan kerajaan terhadap rakyat adalah dengan Norma baharu.
Najib turut mengatakan secara sinis, "sukar untuk membenarkan Tak mustahil untuk dilakukan"
Di masa hadapan apabila krisis pandemik covid-19 sudah berlalu Barulah kerajaan dan pencarum mencari jalan untuk untuk pulihkan simpanan di usia tua melalui simpanan KWSP.
No comments: