Tolonglah duduk rumah 2 minggu ini sekiranya tiada urusan penting - Dr Noor Hisham
Tolonglah duduk rumah 2 minggu ini sekiranya tiada urusan penting - Dr Noor Hisham
Mesej penting memutuskan rantaian COVID-19.
K etua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, meminta rakyat terus berada di rumah jika tidak ada urusan penting di luar dalam tempoh dua minggu ini bagi memutuskan rantaian COVID-19 dengan lebih berkesan."Kalau kita tiada urusan penting di luar, kalau boleh duduk di rumah untuk tempoh dua minggu, kalau kita boleh duduk di rumah untuk tempoh dua minggu kita boleh memutuskan penularan COVID-19.
"Kalau kita terpaksa keluar daripada rumah pastikan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP), pakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dan kerap mencuci tangan," katanya.
Mesej itu dinyatakan oleh beliau setiap kali sidang media harian kementerian dan dalam bentuk video dalam media sosial bagi mengingatkan rakyat supaya patuh kepada SOP dan bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan dalam gelombang ketiga ini.
Beliau berkata orang ramai perlu mengamalkan 3C iaitu elakkan berada di tempat sesak dan sempit serta berbual dalam jarak dekat.
"Itulah vaksin yang kita ada, sekarang ini kita tidak ada vaksin, kita tiada ubat tetapi kita boleh elakkan dijangkiti kalau kita patuh pada SOP yang diketengahkan," katanya.
Katanya isu utama pada masa ini adalah ketidakpatuhan kepada SOP dan semua pihak harus sama-sama menjaga diri, keluarga, masyarakat dan negara.
rePublish Update Berita MalaysiaTolonglah duduk rumah 2 minggu ini sekiranya tiada urusan penting - Dr Noor Hisham Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Tolonglah duduk rumah 2 minggu ini sekiranya tiada urusan penting - Dr Noor Hisham
Reviewed by malaysiaisme
on
4:48 PM
Rating:
No comments: