Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

6 Foto Wajah Terkini Safiey Illias Yang Bagaikan Bidadari Turun Dari Kayangan


Safiey Illias ingin baiki payudara dan mata pula kuyu-kuyu ala Barbie.

Foto payudara dan mata terkini Safiey Illias - "Prosedur akan dibuat dalam bulan ini. Barang yang nak digunakan sudah ditempah, jadi tunggu sampai dulu. Insya-Allah dalam dua minggu. Sementara menunggu tarikh itu, saya kena berhenti mengambil segala ubat bagi melancarkan prosedur. Doktor tidak mahu berlaku sebarang masalah lain.

"Dulu sudah pernah buat dan saya tambah baru. Tapi, saya tidak puas hati dengan hasilnya. Jadi, kena buang dan baiki dengan kualiti yang lebih terjamin," kata usahawan kosmetik dan selebriti, Safiey Ilias.

Safiey atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias, 26, sekali lagi akan menjalani prosedur membuang dan membaiki payudara dengan anggaran kos RM32,000. Safiey berkata, pembedahan itu dibuat di Kuala Lumpur menggunakan khidmat pakar bertauliah.


Menurut Safiey yang popular menerusi lagu 'Syinta Gila', dia juga dalam perancangan untuk membuat pembedahan mencantikkan mata seperti mata patung Barbie.

"Selepas ini nak betulkan mata pula. Sebelum ini pernah buat tiga kali di Korea Selatan, tapi kali ini nak buat kuyu-kuyu sikit ala patung Barbie.

"Doktor faham kehendak saya dan pada prosedur itu nanti akan diletakkan plat pada tulang pipi bagi memudahkan mereka menariknya. Barulah bentuk mata boleh menjadi seperti apa diinginkan.

"Cuma, jika saya lakukannya, bengkak itu akan ambil masa untuk susut sebab ia membabitkan mata dan tulang pipi. Kalau nak sesi siaran langsung Instagram tak cantiklah," tuturnya lagi.

Terdahulu, Safiey mendedahkan pernah membuat beberapa prosedur kecantikan hingga mencecah jutaan ringgit. Ia membabitkan muka, hidung, pipi dan punggung.









6 Foto Wajah Terkini Safiey Illias Yang Bagaikan Bidadari Turun Dari Kayangan originally from Vidic

6 Foto Wajah Terkini Safiey Illias Yang Bagaikan Bidadari Turun Dari Kayangan Reviewed by malaysiaisme on 5:19 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.