Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Cara Buat Pengeluaran KWSP Akaun 1 Tahun 2021


Cara Buat Pengeluaran KWSP Akaun 1 - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang memuktamadkan perincian kemudahan akses ke Akaun 1 ahlinya yang dikenali sebagai i-Sinar dan akan diumumkan pada 18 November 2020 ini.

Menurut Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP dalam satu kenyataan, i-Sinar diwujudkan hasil konsultasi mendalam bersama pihak berkepentingan agar ahli terkesan dapat mengharungi cabaran semasa, selain memastikan kesejahteraan masa depan persaraan mereka.

"KWSP yakin amaun boleh diakses daripada i-Sinar berserta amaun maksimum RM500 sebulan daripada Akaun 2 melalui kemudahan i-Lestari (dilancarkan pada April lalu), dapat membantu ahli terkesan menampung keperluan mereka dalam jangka pendek," kata kenyataan itu.


i-Sinar merupakan lanjutan daripada pengeluaran i-Lestari yang kini dijangka mencecah amaun pengeluaran sebanyak RM30 bilion dan akan berakhir Mac 2021.

Permohonan i-Sinar boleh dibuat mulai bulan depan dan amaun yang diakses akan dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon bermula Januari tahun depan.


NOTE: Bagi cara buat pengeluaran KWSP Akaun 1, kami akan kemaskini dari masa ke semasa di laman ini.


Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menerusi wawancara khas yang disiarkan TV3 kelmarin, berkata beliau sudah meminta KWSP untuk memperhalusi cadangan pengeluaran daripada Akaun 1.

Katanya, ia dibuat selepas mendengar keluhan dan rintihan rakyat selepas kerajaan mengumumkan dalam Belanjawan 2021 bahawa hanya pengeluaran bersasar diberikan untuk Akaun 1.

Tengku Zafrul turut berkongsi data kira-kira 42 peratus daripada keseluruhan pencarum KWSP memiliki purata baki simpanan bawah RM5,000.

Permintaan untuk membenarkan pengeluaran Akaun 1 KWSP sebelum ini timbul selepas terdapat cadangan supaya kerajaan membenarkan pengeluaran wang dengan mengehadkan pengeluaran secara sekali keluar atau 'one-off' sehingga RM10,000 daripada akaun berkenaan.


Cara Buat Pengeluaran KWSP Akaun 1 Tahun 2021 originally from Vidic

Cara Buat Pengeluaran KWSP Akaun 1 Tahun 2021 Reviewed by malaysiaisme on 9:19 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.