Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Keputusan Penuh Separuh Akhir Muzik Muzik 35 Tahun 2020

Keputusan penuh Separuh Akhir Muzik Muzik 35 tahun 2020 - Sepanjang tiga hari berturut-turut minggu ini bakal berlangsung Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) bagi menentukan senarai lagu yang akan layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 35.

Diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam melalui tiga episod berbeza dari jumaat hingga ahad ini (20, 21 & 22 November 2020), SFMM35 bakal menyaksikan 30 buah lagu akan berentap tanpa kehadiran penonton buat pertama kali dalam sejarah.

Antara penyanyi hebat yang telah terpilih ialah Ernie Zakri, Naim Daniel, Aina Abdul, Zizi Kirana, Nabila Razali, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Floor 88, Shila Amzah, Hafiz Ship, Yonnyboii dan ramai lagi.

Seperti biasa SFMM35 dihoskan oleh pasangan tidak asing lagi bagi kita iaitu Sherry Alhadad dan Haziq Hussni. Pasangan ini sendiri akan mengumumkan keputusan separuh akhir muzik muzik 35 bagi setiap episod termasuk lagu yang dinobatkan lagu terbaik.

Sebagai info, Sherry Alhadad baru sahaja memenangi kategori pengacara TV popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH33) yang berlangsung dua minggu lepas.

Tahniah buat beliau.

Bagi senarai lagu yang layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 35, keputusannya hanya akan diketahui dalam episod ketiga pada ahad ini (22 November 2020).

Berikut ialah keputusan penuh Separuh Akhir Muzik Muzik 35 tahun 2020 bagi setiap episod.

Separuh Akhir Episod 1:

Lagu terbaik - Hati

Penyanyi - Hael Husaini

Penulis lirik & komposer - Ezra Kong & Hael Husaini

Separuh Akhir Episod 2:

Lagu terbaik - 

Penyanyi - 

Penulis lirik & komposer - 

Separuh Akhir Episod 3:

Lagu terbaik - 

Penyanyi - 

Penulis lirik & komposer - 


Keputusan Penuh Separuh Akhir Muzik Muzik 35 Tahun 2020 originally from Vidic

Keputusan Penuh Separuh Akhir Muzik Muzik 35 Tahun 2020 Reviewed by malaysiaisme on 7:19 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.