KWSP: Perincian Syarat Pengeluaran Akaun 1
KWSP: Perincian Syarat Pengeluaran Akaun 1
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan perincian syarat dan kaedah pengeluaran Akaun 1 esok.
P erkara itu diberitahu Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menerusi wawancara khas yang disiarkan TV3 malam ini."KWSP akan umumkan esok. Sama ada perluaskan (pencarum yang dibenarkan keluar caruman Akaun 1) biar mereka umumkan.
"Saya sudah minta mereka perhalusi cadangan (pengeluaran Akaun 1) selepas mendengar keluhan dan rintihan rakyat Malaysia selepas kita umumkan dalam Belanjawan 2021dan kita akan berusaha sebaik mungkin," katanya.
Tengku Zafrul juga berkata, peminjam khususnya golongan B40 yang juga penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta mikro perlu memberitahu bank bagi mendapatkan moratorium bersasar.
Beliau berkata, kerajaan dalam Belanjawan 2021 melanjutkan bantuan moratorium bersasar sama ada untuk menangguhkan ansuran bulanan selama tiga bulan atau mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama enam bulan.
"Mereka perlu berhubung dengan bank dan pilih daripada dua kategori itu. Bukan hanya untuk peminjam individu tetapi juga untuk PKS mikro.
"Berdasarkan data, sebanyak 8.1 juta peminjam mempunyai jumlah pinjaman kurang daripada RM150,000," katanya.
rePublish Update Berita MalaysiaKWSP: Perincian Syarat Pengeluaran Akaun 1 Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
KWSP: Perincian Syarat Pengeluaran Akaun 1
Reviewed by malaysiaisme
on
1:48 PM
Rating:
No comments: